expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Saturday, January 5, 2013

Dancing Queen...


Kucing-kucing itu masih berada di hadapan aku. Mereka mula mengelap muka mereka pada kakiku. Macam-macam warna. Macam-macam corak. Mereka semua mula mengiau seperti meminta sesuatu. Mungkin bermain, mungkin nak makan, mungkin nak dibelai. Apa patut aku buat? Jumlah mereka banyak dan mereka mula membuat muka-muka comel mereka itu. Pastinya ini mereka belajar dari Puss in Boots...






Tangan aku mula ligat melukis. Melukis kotak makanan kucing. Aku tak ada apa nak diberi. Jadi untuk menenangkan fikiran aku melukis apa yang aku fikirkan. Dan aku terfikir makanan kucing. Selesai sahaja melukis, lukisan itu mula membentuk efek 3D. Lukisan itu mula timbul dan keluar dari kertas lukisan aku. Sharpie yang aku beli tadi itu seolah-olah mempunyai magis. 

Lukisan  kotak makanan kucing menjadi kotak makanan sebenar. Bila dibuka, ada makanan kucing di dalam. Aku membukanya dan memberikan kepada kucing-kucing itu untuk makan. Mereka dengan penuh lapar mula melahap makanan yang ada. 

Tidak berapa lama kemudian, sesuatu yang aku tidak jangka berlaku. Hari menjadi amat cerah. Kecerahan ini menjadikan aku silau dan pening kepala sehingga memaksa aku untuk menutup mata. Silau panas dan memeningkan.

Aku mula merasakan cahaya itu mula menjauhi aku. Aku yakin sekarang semakin redup dan mungkin normal semula. Aku membuka mata dan melihat...kucing-kucing tadi hilang dan mereka berubah menjadi kumpulan awek-awek cantik. Aku tak tahu aku di mana. Bilik cantik warna warni. Berada di satu tempat yang aneh dan ditemani awek-awek cantik. Mereka mengiau dan mereka seolah-olah bercakap... Terima kasih.

Kedengaran satu muzik yang selalu aku dengar semenjak dua menjak ini. Awek-awek tadi mula membuat langkah tari yang seakan-akan kucing. Aku tak faham apa terjadi.  Tapi aku rasa mereka ni tak ubah seperti kucing yang aku bagi makan tadi tapi dalam versi awek cantik.


hehehe...

Tajaan