Kalau mereka selalu kata, ini untuk jaga nama baik negara, organisasi, kumpulan atau apa sahaja kem, percayalah mereka cuma memberi satu bayangan positif palsu. Satu praktis ilmu manipulasi yang diberi nama gaslighting.
Mereka ialah benar penipu. Mereka kata untuk nama baik itu ini dengan harapan kau akan percaya bahawa semua ini ialah kerja suci. Padahal, mereka cuma nak selamatkan diri mereka. Orang pula akan serba salah. Kalau tidak sokong nanti dikatakan tidak menyokong perkara positif. Gaslighting berjaya.
Dalam masyarakat binari dan melankolik, untuk memberi bayangan palsu itu mudah. Membuat idea ekstrim juga mudah. Hanya bagi satu rasa serba salah. Kau kesian. Kau akan masuk perangkap.
Biasanya orang begini malas buat kerja dan seronok untuk jadi pengampu. Akhirnya, rakyat tergadai. Rakyat kecewa.
Dan mereka yang selalu bagi janji palsu ini tadi akan salahkan rakyat bila mereka berada di atas dan akan meraih simpati rakyat bila mereka tiada kawan. Ini satu ciri gaslighters.
Hati - hati dengan gaslighters. Mereka inilah perosak sebenar.
No comments:
Post a Comment