Kehadiran kumpulan pengkarya luar (wayang parsi misalnya) membawa teater mereka ke negara ini telah menyebabkan mereka perlu membawa satu cara lakon yang dilebih-lebihkan. Hal ini untuk membantu khalayak memahami naratif teater tersebut kerana khalayak tidak memahami dialog yang disampaikan.
Maka, bahasa tubuh yang dilebih-lebihkan ini membantu penonton yang berbeza bahasa untuk memahami persembahan. Pengaruh ini kemudian meresap dalam budaya masyarakat sehingga mereka menganggap lakonan berlebihan ini ialah satu lakonan sebenar. Pada mereka semakin mendayu-dayu tangisan palsu di atas pentas semakin hebat lakonan seseorang itu.
Ini ialah hanya salah satu faktor. Faktor lain ialah kerana masalah arkitektur pentas yang tidak mempunyai sistem bunyi yang bagus. Menyebabkan para pengarah percaya bahawa dengan melebihkan gerakan orang akan dapat memahami cerita.
Selain itu, pemahaman terhadap apakah lakonan yang bagus juga perlu diambil perhatian. Walau sebanyak mana buku lakon dibaca atau dikhatam (yang mungkin ada penerangan Stanislavsky, Biomechanics Meyerhold, Verfremdung dan Gestus, Miesner atau Practical Aesthetics), kalau masih tak faham apa lakonan yang bagus- sampai bila-bila khataman itu menjadi sia-sia.
Semua penyataan yang saya sampaikan ini hanyalah rumusan dan hujah yang kurang nilai akademik kerana saya tidak meletakkan sokongan hujah dari pakar dalam bidang berkaitan. Ini hanyalah pandangan peribadi yang bertujuan untuk meraikan perbezaan pendapat.
*Hujah peribadi seperti "kalau kau bagus kau cubalah berlakon" atau sindiran negatif seperti "kau bukan hebat pun" tidak akan membantu perkembangan ilmu. Malah menyebabkan orang itu lebih keras hati dan tertutup dalam berbincang.
No comments:
Post a Comment