expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Sunday, August 31, 2014

Kau tahu?

Kau tahu?

Kau tahu?
Kenangan akan bercampur,
Adunan sedih gembira,
Kau tak akan tahu di depanmu apa,

Kau tahu?
Rahsia agung yang telah ditulis dalam satu buku,
Ditulis dengan dakwat lautan,
Ditulis dengan pena yang hebat,

Kau tahu?
Kau cuma akan sedar bila kau bangun dari tidur,
Kau cuma akan sedar bila angan kau habis,
Pada waktu itu mungkin baru tahu,

Kau TAHU?
Telinga untuk mendengar,
Mulut untuk makan,
Tangan untuk melukis,
Kaki untuk berjalan...

Mungkin itu sahaja yang kau tahu


Walid Ali
Malaysia
31 Ogos 2014

#merdeka

1 comment :

cik neto said...

penulisan bagus. *thumbsup

Tajaan