Hari-hari yang berlalu...
Terima Kasih semua. Tetapi, terlalu banyak permaianan minda mula mengganggu fikiran saya. Sepanjang saya terlibat dengan "BahterAcara" banyak pengalaman yang saya telah lalui. Pada asalnya cuma sebagai pembantu bahagian kebajikan dan kemudiannya diberitahu saya terpilih untuk menjadi pelakon tambahan dalam teater ini dan hanya menjadi pengiring Raja Abdul Muluk. Saya memang sudah menjangkakan saya hanya akan memegang watak sekecil itu kerana saya bukanlah pelajar jabatan teater seni lakon tetapi cuma pelajar pengurusan seni. Saya juga tidak patut mengganggu peranan yang telah diberikan oleh Encik Syahrul Fithri kepada pelakon-pelakonnya.
Sepanjang itu, saya tertanya-tanya. Kehadiran saya untuk menghadiri ujibakat yang dijalankan oleh "BahterAcara" hanyalah sebagai menunaikan janji saya kepada senior-senior saya bukanlah untuk menjadi pelakon tambahan.
(Panjang sangat pula saya berkata-kata) Baiklah, baik saya berterus-terang. Sepanjang saya menjadi pelakon tambahan banyak yang mengucap tahniah dan banyak juga yang cuba untuk menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan saya. Ya, Allah! Manusia itu memang tidak berguna! Buat apa saya perlu berbangga dengan persembahan saya?! Sudah menjadi rezeki saya. Apa boleh buat! Pada pendapat saya, mereka inilah manusia yang memang tidak mahu senang akan kehidupan dunia (seolah-olah mereka menganggap Allah s.w.t itu tidak adil). Wahai manusia yang berbuat sedemikian rupa, kembalilah kepada asal-usulmu. Dendam cuma akan menjadi punca musnahnya agama kita, Agama ISLAM.
Minta maaf jika teguran saya mengguris hati. Tetapi, itu semua perlu saya luahkan. Takut-takut nanti meletup. Terima kasih Encik Syahrul. Saya percaya akan kata-kata Encik Syahrul tentang Obstacles. Juga Terima Kasih kepada "BahterAcara"! Doaku, Viva anda berjaya kerana usaha anda yang kuat dan gigih ini akan membuka mata mereka (sesiapa sahaja). Saya juga yakin dan percaya bahawa anda semua ialah senior-senior saya yang hebat dan berjaya dalam hidup. Hidup BahterAcara!!!
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment