expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Sunday, November 4, 2012

Skyfall Sunway Pyramid

Hari ini sekali lagi, aku ambil keputusan untuk menonton wayang seorang diri. Ini biasa terjadi. Dari dulu sampai sekarang. Kalau cerita komedi aku gelak sorang-sorang dan kalau cerita sedih aku menangis sorang-sorang jugak. Dan kalau aku tahu itu cerita sedih, aku pergi kedai runcit india yang berdekatan untuk membeli tisu sebelum tengok wayang...sorang-sorang...

Jadi petang tu aku putuskan untuk pergi ke Sunway Pyramid. Sorang-sorang. Ah, siapa peduli pun kalau aku pergi sorang-sorang? Tapi, hari ini memang sangat pelik, aneh, tak seronok, ganjil, dan apa-apa berkaitan maksud pelik tu tadi. Sebab hari ini, penonton cuma beberapa orang di panggung wayang. Sungguh aneh. Jarang terjadi kecuali di The Curve.

Aku pergi ke kaunter tiket yang sedang dijaga oleh seorang gadis cina yang cantik. Walaupun ada seorang penjaga kaunter di sebelah kanan yang tiada orang namun aku memilih untuk bertemu dengan gadis cina ini. Tarikan pada dirinya lebih menarik dari penjaga kaunter di sebelah, seorang gadis yang berbadan gempal dan mata kemerahan dan mengeluarkan titisan tangisan darah merah. Mungkin dia telah ditinggalkan oleh playboy sehingga dia membatu dan menangis sampai berdarah air mata. Lantak dialah. Kenapa aku nak peduli cerita dia pulak?

Giliran aku untuk mengambil tiket dah sampai. Dengan senyuman yang manis gadis cina itu melirikkan mata yang menarik perhatianku. Wajahnya yang ayu dan lembut itu memberikan silence moment pada aku dan dia. Persis filem-filem konvensional. Bila berlaku adegan romantik atau cinta pandang pertama, masa akan berlalu dengan sangat lambat. Keadaan sekeliling mula bertambah cerah dari biasa. Daun-daun maple turun dari atas dan jatuh pada kami berdua. Mana pulak daun ni datang? Aku tak pasti sama ada itu angan-angan atau real.

Gadis itu bertanya padaku filem apa yang akan aku tengok. Sky fall...James Bond. Filem yang aku tunggu dari dulu. Gadis itu mula menyimpan data dalam komputernya. Bertanya pada aku kalau-kalau ada pesanan makanan. Tak ada. Tak ada makanan. Just nak tengok filem sorang-sorang. Sekali lagi dia menatap komputer itu untuk mencetak tiket aku. Dia memberikan tiket itu padaku dan aku terus pergi ke dalam panggung no 4. Mmm. Oraet. No.4.

Aku terus melayan filem James Bond yang akan ditayangkan. Ok 15 minit iklan. Tak ada apa-apa berlaku. Cuma aku dan dua orang penonton yang kelihatan seperti merengek dan berdengus di tempat duduk paling belakang. Aku tak nampak apa mereka buat. Gelap. Mungkin tengah berbincang. Tiga orang je tengok filem James Bond ni....

Aku masih menunggu masa tayangan. Preview filem-file melayu dan luar negara ditayangkan. Mmmm. Tak ada apa-apa berlaku. Ok. Skip bahagian ni sebab agak bosan. Kita skip ke bahagian yang lebih menarik. Ok. Amaran supaya memastikan berkelakuan baik di panggung wayang telah ditayangkan. Yes. Filem James Bond akan ditayangkan.

Ketika inilah, gadis cina yang aku jumpa tadi duduk si sebelah aku. Kali ini dia menggunakan pakaian lain. Warna merah. Dia menggenggam tangan kiri aku dan aku mula merasakan seperti elektrik sejuk mengalir dalam badanku. Aku menjeling padanya dan memberi senyuman. Dia terseyum juga padaku. Mula membuka bibirnya yang seksi itu sambil memberi ucapan manja...
"Mulai hari ini i akan jadi awek you...James Bond"
"Errr...."


19 comments :

Cik PensiL said...

serius ? haha . berdosa ui , bukan muhrim , dalam panggung pulak tu :p

Abdul Walid Ali said...

banyak dah dosa orang sekarang

yana halim said...

hahaha....baiklah james bond. nice story buat sy tersengih2 sorang2 depan pc pagi2 ni.

Abdul Walid Ali said...

hahaha...tq baca..kadang2 keliru dengan cerita sendiri

hazwan hairy said...

dah tgk awal2 ritu..allala

Walid Ali said...

kalo orang suka tengok kelainan pada james bond memang best

Farah Andie said...

mesti prempuan tu perisik. haishhh! berjaga2 jgn sampai tertipu :D

Walid Ali said...

betul gak tu...ciri2 perisik tu dah ada

norhafizahalias said...

LOL.. awek cina berbaju merah... dtg merisik Encik Jb.. :)

Walid Ali said...

perempuan merisik...risau jugak dengar tu...hahaha

kitatauke said...

tgk wayang ke buat wayang??hahah

Walid Ali said...

agak2 apa akan terjadi?

nur hayati said...

wahhhh..cerita yg menarik "James Bond"..hehe

Walid Ali said...

tq...hahaha

Rawlins byRawlins said...

Menci

Saya membaca dengan girang sampai ke part last

Menci
Menci
Singgah blog saya

Aety TIMsy said...

errr err keliru.. hee thriller jugk ;)

Walid Ali said...

kadang2 pening gak tu

dayteenlea said...

patut kamu tulis buku

Walid Ali said...

dayteenlea...rasa nak tulis jugak tapi kena carik publisher

Tajaan