Post Page Advertisement [Top]

Saya baru menonton satu filem yang pada pendapat saya mempunyai nilai menarik dan tahap animasi yang boleh dibanggakan. Filem animasi yang bertajuk Madagascar kali ini terus menyajikan sajian yang sangat sedap untuk dimakan. 


Cerita mengisahkan tentang Alex seekor singa dan rakan-rakannya cuba untuk pulang rumah setelah mereka lama berada di luar. Mereka merasakan rumah meraka itu sebagai satu tempat atau misi yang sangat perlu untuk diselesaikan. Dalam perjalanan mereka ke rumah mereka itu, mereka telah diganggu oleh seorang polis (polis perempuan ini dalam masa yang sama seorang pemburu). Mereka bernasib baik apabila mereka terjumpa dengan kumpulan sarkis. Kumpulan sarkis ini merupakan kumpulan sarkis yang telah kehilangan peminatnya dan dengan kehadiran Alex yang disangka sebagai seorang penggiat sarkis mereka boleh menjadikan sarkis itu semakin baik. Alex yang terdesak untuk pulang ke Amerika bersetuju membantu mereka. Dalam masa yang sama mereka masih diburu oleh polis wanita itu. Atas kerjasama antara Alex dan rakan-rakan mereka berjaya melepasi polis itu dan meneruskan pengembaraan mereka setelah Alex memutuskan enggan pulang ke rumah semula.


Struktur naratif cerita ini menggunakan sangat menarik untuk dikaji. Mereka mempunyai tujuan masing-masing yang jelas. setiap watak tidak ditinggalkan walau sedikitpun peranan dan tujuan mereka. Ini menjadikan cerita ini diadun dengan baik dan jelas. Mereka nampak akan apa yang mereka perlu lakukan dan ini merupakan langkah penulisan yang baik.

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam mencari jalan pulang ke rumah juga menarik. Mereka dikejarkan dengan pelbagai masalah. Penipuan dan juga cara untuk menyelesaikan masalah yang baik menjadikan mereka lebih matang dalam menghadapi perjalanan seharian. Watak antagonis yang sangat kuat menjadikan plot cerita ini bergerak dengan lebih laju dan kemas. Ini seterusnya membawa penonton untuk bersama dalam perjalanan cerita ini.

Setelah mereka berjaya menghadapi cabaran dalam pergi ke tujuan asal iaitu ke rumah, mereka memutuskan untuk tidak tinggal di rumah asal mereka. Mereka merasakan bahawa kehidupan di luar lebih menarik dan mereka bersama-sama dengan kumpulan sarkis yang membantu mereka membawa seni sarkis kepada orangg ramai. Mereka merasakan keputusan untuk tinggal di rumah bukanlah satu perkara yang menarik memandangkan mereka akan lebih mendapat banyak benda dan pengalaman sekiranya mereka mengikut kumpulan sarkis.


Watak-watak dan emosi yang dibawa dalam cerita ini dibawa dengan rasa cuitan. Rasa cuitan ini merupakan satu pembawaan emosi yang tidak berlebih lebihan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada konsep pembawaan seni persembahan kini yang lebih mementingkan aspek pembawaan cerita berbanding emosi yang berlebih-lebihan. 


Pembawaan watak yang jelas dan juga menarik pada setiap watak memberikan rasa yang baik pada cerita ini. Watak-watak kelihatan serasi antara satu sama lain. Walaupun terdapat banyak watak dalam siri kali ini namun pembahagian dan penyusunan watak yang baik telah membantu kumpulan ini tidak kelihatan teruk. Mereka membawa peranan dan cerita masing-masing dengan baik.

Konsep penyiasatan pribadi seperti James Bond kelihatan sesuai. Dengan watak-watak penguin yang bijak dan mempunyai pelabagai gajet telah menghidupkan lagi cerita ini. Saduran konsep ini menjadikan setiap watak perlu bersedia dalam apa yang ingin mereka hadapi. Kebijaksanaan dan kepantasan amat penting dalam konsep ini dan cerita ini berjaya membawa konsep ini dengan baik. 

Pemilihan audio yang disusun juga menarik. Audio yang kelihatan sesuai dengan visual telah menjadikan cerita ini lebih sebati dan baik. Dalam aspek perfileman, audio yang sesuai amat penting memandangkan audio juga membantu jalan cerita dan juga persembahan yang akan dijalankan di dalam skrin. Pemilihan lagu-lagu popular dan juga rancak menjadikan cerita ini terus bergerak dalam tempo yang baik.






 



Apapun, cerita ini amat menarik untuk dilihat dan saya bagi 8 bintang untuk cerita ini!!!
COMIC, POWER, GREAT

No comments: