expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Saturday, November 17, 2012

Awek Korea

     Hari ini aku makan di Carl's Jr Sunway Pyramid. Aku suka makan kat sini. Mungkin ada orang tak tahu tempat ni tapi aku suka sebab pada aku rotinya lebih sedap dari Mac D dan saiznya lebih besar dan ya, aku lebih kenyang. Cuma harga burger ni mahal sikit...alah nak sedap kan, kenalah lebih sikit bayar.

     Aku duduk di kerusi merah. Tempat makan aku tak pernah berubah setakat ni walaupun aku dah datang sini berkali-kali. Aku mula merasai penangan Carl's Jr. agak tenang. Tempat ni agak tenang sebab rasanya beberapa orang je yang datang untuk makan di sini. Ada dua orang putih. Couplelah tu. kat kanan saya pula nampak macam couple juga. Oraet. Kami berlima sahaja di sini. Dan aku tak ada awek yang dapat menemaniku.

     Aku terus menghirup Mountain Dew dan aku terpandang seorang awek yang aku rasa persis Im Yoona. Mata aku tak lepas dari memandangnya sambil mula berangan. Dalam hati aku bercakap...Kan best kalau dia ni datang jumpa aku dan say hi tak pun makan dengan aku, tak pun...

    Dia mula memandang aku. Senyum. Mula bergerak ke arah aku. Meletakkan makanannya di meja di depan aku dan duduk berhadapan dengan aku. Ah dia mendengar kata hati aku. Awek ini terus memberi senyuman pada aku dan mula merapatkan dirinya pada aku. Dia kemudiannya mengeluarkan sampul surat yang amat comel berwarna merah jambu dari beg tangannya dan meletakkannya di atas meja. Mula membuka mulutnya.

      "Annyeonghaseyo"

  
     Aku tak faham apa dia cakap.Celaka! Awek secantik ini bercakap dalam bahasa Korea. Dan aku cuma boleh mengangguk dan tersenyum.  Apa benda ni? Apa aku nak cakap ni?
     
     "Orenmanida..."
     
     Oren? Tadi cakap sayur dan sekarang ni cakap oren pula? Aku tak faham apa yang kau cakap awek korea...Aku betul-betul tak faham. Kalau terus macam ni macam mana kita nak kenal antara satu sama lain? Aku masih buntu mencari jawapan untuk soalan awek itu. Aku terus tersenyum tanpa membalas kata-kata awek itu.

     "Oppa!"

    Dia kelihatan memanjakan dirinya. Oppa? Apa benda ni? Dia mula bercakap dalam bahasa korea. Dari bahasa badannya aku faham dia seolah-olah kurang gemar dengan cara aku melayan dia. Mungkin dia merasakan aku tak melayan dia. Atau mungkin pakwe dia dulu muka macam aku jadi dia sangka aku ni pakwe dia dulu. Aku semakin buntu dan tak tahu apa nak buat. Dalam masa yang sama dia mula bermonolog dengan sedih. 
     
    Orang di sekeliling aku memandang kami berdua. Ah, aku akan dilabel lelaki playboy! Lelaki kejam! Tapi aku tak boleh buat apa. Aku tak faham apa dia cakap!

    "...Annyeong..."

     Dia mula melangkah keluar dan mengambil beg tangannya tanpa menjamah makanan yang dia beli tadi. Tanpa dia sedar, dia tertinggal satu sampul surat...Sampul surat yang dia keluarkan tadi. Sangat comel dan berwarna merah jambu. Sesuai dengan penampilan dia. Tertulis pada sampul surat itu perkataan 'mianhamnida'. Aku memandang dia melangkah pergi tapi dia memandang aku semula. Seolah-olah mengatakan pada aku "pujuklah aku ni...wahai lelaki berambut kerinting yang amat kacak..."

     Ketika dia berhenti dan memandang aku, aku terus meluru pada dia sambil membawa sampul surat yang dia tertinggal tadi. Aku memegang tangan kirinya dan merenung tepat pada matanya yang berwarna coklat itu sambil aku memulakan kata-kata.

     "Mianhamnida..."

     Mungkin Mianhamnida tu nama dia. Tapi lantaklah. Ye kot. Aku menyambung ayatku.

     "sorry"

     Dia mula tersenyum dan jari telunjuk kanannya mula menyentuh pipinya sambil tersenyum. Aku rasa aku faham apa dia maksudkan....

24 comments :

Farah Andie said...

lepas tu?? argghhh!! xda kata saranghe ka? :D

*sama da u ni peminat kpop atau anti kpop lol~ keliru antara dua

Aety TIMsy said...

alahai~ kenapa mesti suspen lagiiii!?~

Walid Ali said...

farah...tunggu episod kedua

Walid Ali said...

aety...baru best

zila manaf said...

duyaiiii ape maksud neh? blur nih

Nurul Farahizzati said...

erkkk.. hahahaha...

Walid Ali said...

zila...words korea ker yg x faham ke cerita ni?

Walid Ali said...

nurul...macam terkesima hahahah

nurul asyikin said...

haha.. best2! jangan lupe post lg entri mcm nie eh?? ske bace :)

Walid Ali said...

nurul...boleh2 x da hal...ko punya blog pun best gak

Ra Husna said...

haha,lucu dan suspen! ada apa pada pipi ? ;)

Walid Ali said...

husna...agak2 apa yg dia nak tu? hahaha

Wilma Talib said...

u make me laugh..hahahaha

Walid Ali said...

hahahah...i'll try you make again after this!!! TQ

Aslvie Adam said...

Thnks...follow u back...menarik ur story...:)

Mia Liana said...

suka tengok awek korea... kulitnya cantik dan gebu...

Leyla said...

follow u back . crite benr ke rekaan semata nie ?

Asningtiyas Nasdja Putri said...

eh eh :P bagi pakwe korea kat putri hehe

Nurul Aini said...

haha..maaf, saya baca saya rasa geli hati. chwesonghamnida. teruskan berkarya..nak baca part yang seterusnya. ^__^

Walid Ali said...

alsvie...tq datang melawat

Walid Ali said...

mia liana...mereka byk makan sayor

Walid Ali said...

leyla...leyla rasa camna?

Walid Ali said...

putri...hahaha dalam list sy banyak awek

Walid Ali said...

nurul aini...nanti sy sambung citer ni...tq

Tajaan