Post Page Advertisement [Top]


Saleha masih duduk termenung melihat lelaki yang baru dia jumpa tadi. Seorang tutor baru yang mengajar mereka pada hari itu memang memberi makna pada Saleha.Dalam fikiran Saleha dia mengharap agar dia dapat bercakap dengan lelaki tu secara berdua sahaja kerana wajahnya persis Robert Pattison dalam cerita Twilight. Di bawah pokok mungkin.

"Hai"
Kehadiran lelaki itu memberi satu rasa pelik pada Saleha. Dia mula sedar dari angan-angan yang dia baru fikir tadi. 

"Hai"
Saleha membalas kata-kata lelaki itu dengan penuh rasa berdebar. Seluruh wajahnya kelihatan berwarna merah dan dia kelihatan sedikit gelabah. Dan dalam masa yang sama dia takut untuk meneruskan kata-kata seterusnya. Dalam masa yang sama semua orang melihat Saleha. Dia merasa amat malu dengan apa yang abru terjadi. 

Dia tak tahu nak buat apa. Dia cuma memandang ke bawah sambil berkata dalam hati kata-kata carutan. Kelas tempat dia berada sekarang seolah-olah, bukan seolah-olah tapi benar-benar memberikan lontaran tawa yang sangat gamat. Rakan sekelas Saleha pada hari itu semuanya merasakan bahawa tindak balas yang Saleha lakukan itu merupakan satu komedi yang patut diketawakan. Siapa yang tak ketawa mungkin dia tidak menghargai seni lawak.

Rangga memberi senyuman pada Saleha. Dalam pada masa yang sama Saleha merasakan Rangga seolah-olah memberi sindiran tajam padanya. Dalam fikiran Saleha mengatakan mengapa dia perlu berjumpa dengan Rangga? 

Rangga melihat semua pelajar yang hadir. Dia mula membuka mulut dan bercakap.

"Baiklah kelas. Rasanya hari ni tak ada apa-apa. Semua boleh balik. Kecuali Saleha"

Semua pelajar mula gembira dan ada sebahagian yang nakal mula mengusik Saleha sambil keluar kelas.. 

"Abislah kau Saleha. Tak takut ke?"

Semua orang dah keluar dan tinggal Rangga dan Saleha sahaja. Rangga mula bercakap dengan menggunakan suara romantik. Agak klise sebenarnya.
"Malam ni free?" (yang ni pun klise)

"Free"

"Jom tengok movie"

"Cerita apa?"

"awak nak tengok cerita apa?"

"Twilight! Suka Robert Pattison"

"X nak lah cerita jiwang2. Nanti awak nangis. Saya tak sanggup tengok awak menangis. Nanti kalau saya tengok Bella tu lama2 awak akan jelous"

4 comments:

Farah Andie said...

saleha dah cair lah tuh hehehe~

Jenny Pa-un said...

wah, bersambung gik ka ?? hehehhe

walid ali said...

farah...farah pernah melting x?

walid ali said...

jane...ada sambungannya kelak