Jerjak.Jerjak.Jerjak.
Hai, sedap pula apabila disebut selalu. Sepanjang tempoh pementasan teater ini, saya tertarik akan kata-kata abang Nuar."Saya melihat ini sebagai reunion."(lebih kuranglah tu. Saya pun tak ingat macam mana ayat sebenar dia).
Kata-kata dia seolah-olah menggambarkan berlaku sesuatu kepada FACT selama ini. Apakah itu?Gambaran kepada "kuku-besi" atau satu usaha untuk menjatuhkan FACT telah berlaku dalam tidak kita sedari? Apakah itu?
CASA dan Tenaga Produksi
Memang hebat. Dengan tenaga produksi 30 orang(sebenarnya tak sampai pun 30 kerana masing-masing ada masalah yang tidak dapat dielakkan) satu pementasan teater Jerjak telah berjaya mencapai tahap tersendiri. Semua pihak saya lihat hati kering. Masing-masing berusaha untuk meningkat naik dan menjayakan pementasan ini.
CASA (Persatuasn Pelajar Seni Kreatif) telah diselamatkan oleh Fasyali Fadzly daripada terus terkubur namanya. Jerjak berjaya walaupun tanpa bantuan langsung pensyarah. Encik Syahrul pula bijak memberi gambaran imej abstrak yang ingin disampaikan. Mungkin apa yang kami buat tidaklah mencapai mesej yang disampaikan oleh penulis(Syahrul Fithri) tetapi sekurang-kurangnya mencapai 75%. Ya tak Encik Syahrul?
Saya puji Adli. Dia punyai satu cara kerja yang bagus. Dia seorang yang sistematik. Seorang yang suka bergurau kasar walau hatinya lembut. Itu cerita Adli. Banyak saya belajar tentang lighting daripadanya. Bagi tenaga kerja yang lain, anda semua telah membuat keajaiban terhadap Jerjak kerana kita telah meletakkan satu tahap yang hebat kepada Jerjak.
Tersirat
Encik Syahrul bukanlah sebarang penulis. Dia telah memberikan gambaran tentang sikapnya yang memihak kepada kebenaran. Para penonton tertanya-tanya. Siapa yang benar? Siapa yang salah? Adakah pilihan kita betul selama ini? Benar katanya. Dunia kini semakin melihat kepada peningkatan ISLAM dan barat tidak putus-putus memberikan tekanan kepada Islam. Kita? Apa peranan kita? Itu yang penulis cuba gambarkan dan persoalan ini mampu memberikan keadaan positif kepada penonton.
Sambutan
Siapa lagi penonton majoriti kalau bukan pelajar TEKA UiTM? Pelajar sekolah menengah(saya tak ingat dari mana) tak kurang juga sambutannya. Media massa boleh tahan juga. Bercakap tentang media ni, saya teringat kan jawapan Encik Syahrul kepada BERNAMA "Industri teater kini semakin berkembang. Dengan wujudnya Universiti yang menyediakan kursus sebegini menyebabkan golongan ini(pelajar) terlibat secara tidak langsung. Dan ini ialah satu suasana positif..."
Baiklah, nak tanya pada semua. Adakah kita sekadar pelajar yang memeriahkan teater semata-mata atau ada peranan lain? Fikirlah. Kalau saya tanya, takkan saya nak jawap? Nanti masuk Tanjung Rambutan saya nanti. Makan Rambutan. Sedap tapi orang kata kita gila.
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment