hari ini saya telah datang untuk melihat satu teater arahan graduan-graduan ASWARA (Teater Kompilasi vol.1. Memang menarik dan mudah untuk difahami. dihasilkan oleh empat oerang pengarah, empat cerita dan bertema sama iaitu kuasa dan kematian.(hmm....)
Kisah pertama, cerita tentang perbezaan darjat. biasalahkan, kalau dah tak sama darjat mak bapak tak suak. tapi dua orang manusia ni masih juga cinta satu sama lain. Berjalanlah cerita ini dengan kata-kata dan falsafah kedua-dua watak. Seorang seniman dan seorang anak orang kaya yang masih bekerja. sentiasa membahagiakan antara satu sama lain. Lama-kelamaan, Apabila nak minta restu mak bapak tak setuju (sebelah perempuan) dan lelaki itu serba salah. Mereka terlalu mencintai satu sama lain sehinggakan sang lelaki membuat keputusan membunuh wanita yang dia cinta. (penamat yang tak dijangka kerana sebelum mati perempuan itu ada berkata " kahwin?" )
Hmm dua ibu jariku terangkat ke atas untuk cerita "Teruk" arahan Zahiril (Bob)!
Cerita kedua pula "Pokok kelapa Sayang" arah Wan. Cerita seorang lelaki tua yang sangat cinta pada seorang gadis melayu. namun akhirnya si gadis terjerat ke dalam zina.... Malangnya. Apalah perempuan... tetapi Lelaki Tua ini masih cintakan dia dan menguji cintanya (gadis itu) dengan membawanya ke hotel dan mencuba memeluknya tetapi wanita itu sama sekali tidak mahu. Dan Mati juga akhirnya sebab tak dapat bernafas. Sedinya. Orang tua ni pula ditanamnya mayat wanita itu di tepi pantai dan ditanamnya pokok kelapa sebgai nesan.. Wanita itu pokok kelapa tadi pada orang tua itu...Orang nak cabut pun tak boleh.... Macam ni punya orang pun ada.
Dua ibu jari saya pun naik! Sedap ooo
Cerita ketiga " Tambat kaki". yang ni aku rasa sedap betul! Habis dilanyaknya parti politik dalam cerita ni! Ya lah, cakap tak serupa bikin. kata jangan bagi rasuah, mereka bagi rasuah. kata nak tolong orang tak nak jual negara, mereka yang buat hal tu. Yang jadi hero? Budak-budak hisap gam... Mereka kata tak betul- mereka pergi ke haluan masing-masing. Rakyat bising marah ditipu! Pemimpin simpan untung dalam punggung! Kelakar! Sedap! penamatnya? Saya rasa pengarah minta kita fikir kot...
Dua ibu jari juga untuk teater ni!
Cerita keempat "Stabil". seorang lelaki yang berniaga sendiri dan mempunyai kata hati yangt tetapa tetapi bukanlah seorang yang stabil dalam hidup dan seorang lelaki yang tak tahu ke mana hala tuju tapi hidup stabil (kerja kerajaan_analogio cerita ini) bertemu di atas bangunan dan berbincang tentang diri masing-masing. dalam p-erbualan itu, mereka mula membentuk diri mereka. yang seorang bertambah yakin, yang seorang puloa bertambah lemah... Lama kelamaan matilah peniaga itu membunuh diri...
Dua ibu jari juga untuk teater ini! semakin menggetar!!!
Dua jari ibu jari ya...
Tahniah rakan seperjuanganku graduan teater ASWARA! Kita lain bilik (IPT) tapi bawah satu rumah (Teater)... SAya akan tetap sokong Teater walau siapa pun yang buat...
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau ada tiga ibu jari, tentu akan ter/diangkat juga ya...! haha... tahniah buat mereka...
~0^_^0~
mereka memang terbaik....hahahah
Post a Comment