Post Page Advertisement [Top]

Berani Mati
Dengan Kerjasama: The Arts Stage Club, CASA dan Fakulti Teknologi Kreatif
Sempena 10 tahun FACT

Punyalah lama saya tak menulis dalam blog ini. Semuanya kerana sibuk buat set untuk teater Mimpi pulak. Hehe..

Bulan depan baru dapat rehat sikit. Tapi...Ujian menanti...

Teater "Berani Mati" pada 7,8,9 Mac baru sahaja tamat dan penat lelah masih tak habis. Sekarang ni masa untuk buat set pulak untuk teater Mimpi. Hai-hai. Bilalah nak rehat ni...
Pengalaman menjadi Event Manager (Pengurus Projek) untuk "Berani Mati" memang seronok namun dalam pada masa yang sama peritnya.
Seronoknya sebab memang tak sangka minta nak jadi krew tetapi Abang Syali kata saya perlu ambil projek itu memandangkan saya antara AJK CASA (Creative Arts Student Assosiation) dan pensyarah kita mahukan orang CASA.

Senang cakap banyaklah yang menjadi masalah. Yang paling saya tak suka ialah apabila bercakap tentang logistik. dalam tempoh seminggu, 5 hari maksud saya. saya terpaksa pergi berulang alik dari induk ke Puncak dan hari terakhir barulah dapat bas itupun petang tu nak show pagi tu baru dapat.

Itu juga terjadi kepada kumpulan yang membawa kami melihat Sirah Junjungan. Kami punyalah lam menunggu kat perhentian bas. Dan akhirnya, bas tak ada teater pun tak tengok. yang dapat tengok enam orang sahaja naik MPV. Oh sadisnya....
Semuanya kerana UiTM ada pemandu yang tak mahu bekerja. Buang sahaja pemandu macam ni. Buang duit mak ayah kita bayar cukai...

Malas nak cakap. Kalaulah dapat tengok malam ni...
Lari skit tadi...
Ini antara gambar sewaktu kejadian "Berani Mati" yang dipentaskan semula di Puncak Perdana...

Masukkan barang

Lakonan mantap atas pentas
Buat Lighting Bang?

Pre-Set

Perbincangan kumpulan artistik

No comments: