Istana/ malam
TUNKU
(meludah)
Ini makanan apa? Sungguh tidak enak rasanya! Apa kamu fikir beta ini?
DAYANG 1
Tunku, Bawang Merah dan keluarga datang. Membawa hajat dan makanan katanya.
TUNKU
Bawa mereka kemari.
DAYANG 1
Sang raja gembira. Dirasanya masakan yang telah bercampur darah tadi.
DAYANG 2
Raja merasa dengan penuh nikmat! Padanya makanan itu amat sedap!
DAYANG 1
Baginda merasa! Merasa! Merasa!
DAYANG 2
Dan baginda raja telah berubah gaya! Langit seperti berarak mendung kelabu! Hujan turun lebat.
DAYANG 1
Apa sudah jadi!!!
(waktu ni berlaku pertukaran kepada raja bersiong)
Kareograf 2
DAYANG 1
Raja telah berubah wajah! Semakin rendah!
DAYANG 2
Yang paling penting...Bersiong!!!
Raja bersiong!Raja Bersiong!
Dayang 1 dan dayang 2 berlari ke sana ke mari sambil menjerit. Semua orang hairan.
MAK ANDIR
Seramnya...
PUTIH
Putih tak nak mak! Putih tak nak! Biarlah merah kahwin! Putih tidak mahu bersuamikan lelaki begini.
MAK ANDIR
Kaya tu...Raja...Banyak duit.
PUTIH
Putih tak mahu! (keluar)
Mak Andir mengejar Putih. Muncul seorang pari-pari.
PARI-PARI
Wahai tuanku raja. Akibat dari memakai susuk memang tunku boleh berbohong tentang usia. Tapi susuk tunku telah tidak berguna lagi. Jika, darah anak dara tunku telah rasa! Hilang susuk itu! Kesimpulannya, pemakaian susuk ini boleh memudaratkan kesihatan dan juga membawa kepada dosa-dosa besar. Tuhan tak bagi masuk syurga tau.
TUNKU
Bagaimana ini? Beta sudah berubah wajah! Susuk beta sudah tidak punya hikmat lagi. Rakyat beta akan lari dari beta!!! Pari-pari tolonglah beta! Tolong selamatkan beta!! Beta menyesal! Tidak mahu lagi memakai susuk!!!(Pari-pari sedang bercakap dengan Pak Pandir.) Pari-pari, beta tengah bercakap dengan tuan hamba!
PARI-PARI
Ampun tuanku. Beribu-ribu ampun. Adapun penawar bagi penyakit tuanku tidak lain tidak bukan hanya kembali pada Tuhan. Minta ampun. Taubat nasuha.
PAK PANDIR
Tuan hamba berbicara seperti ustazahlah. Pari-pari ustazah.
TUNKU
Beta menyesal! Beta menyesal! Selama ini beta hidup dengan berlandaskan harta semata sehingga beta lupa apa yang dilarang agama. Beta tidak kisah lagi akan wajah beta tapi, ke manakah Bawang Merah! Gadis yang telah aku terpikat akan suaranya! Gadis yang punya ayah yang pandir dan gila!
PAK PANDIR
Hei. Patik pun ada perasaan Tunku. Nak aku te ka?!
PARI-PARI
Bawang Merah telah hamba bawa ke kayangan.
TUNKU
Kenapa? Beta cinta padanya! Beta tidak mahu kehilangan orang yang beta cinta!
PARI-PARI
Memang benar Tunku cinta padanya. Tapi tunku ubahlah sikap tunku. Cinta bukan hanya pada kata. Tapi pada hati yang ikhlas. Di satu masa nanti akan tunku jumpa dengannya. Pada waktu itu, andai Merah sudi menerima Tunku...
PAK PANDIR
Tunggu sebentar. Satu lagi pesanan Tunku Raja Bersiong. Nak makan baca bismillah. Tadi Tunku tak baca bismillah.
No comments:
Post a Comment