expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Monday, May 30, 2011

Nur Kasih...


NUR KASIH
Nur Kasih merupakan satu drama berantai yang popular dalam negara ini dan dengan hadirnya Nur Kasih versi filem bagaimana pula?


SINOPSIS:
Nur Kasih versi filem mengisahkan tentang kehidupan Aidil setelah kematian isterinya. Aidil tidak dapat menerima kehilangan isterinya dan Adam berusaha untuk menenangkan abangnya itu dengan pelbagai usaha. Adam pula mengalami masalah apabila usahanya untuk mendapat seorang anak tidak kesampaian apabila Nur keguguran dan ini telah menyebabkan Adam juga berada dalam tekanan ditambah pula dengan usahanya untuk mendidik anak muda yang mempunyai akhlak yang kurang baik tidak disokong oleh seorang ustaz. Untuk menenangkan diri, Adam membawa Nur ke Jordan dan ketika di sana Adam telah hilang dan Aidil telah pergi ke Jordan untuk mencari Adam. Adam berjaya dicari namun begitu, Adam telah mendapat satu masalah apabila peristiwa di Mumbai (rujuk drama apabila Adam hilang di Mumbai) telah menyebabkan dirinya sedikit lemah. Jantung Adam semakin lemah dan Adam telah bersedia untuk menghadapi kematian dan meminta Aidil untuk menjaga keluarganya dan mendidik anak muridnya di kelab remaja yang dia mengajar. Namun begitu,takdir Tuhan telah menyebabkan Adam terselamat apabila ada seorang penderma yang sudi menderma jantungnya untuk membantu Adam tetapi pada ketika ini Adam telah kehilangan seorang anak muridnya yang paling dia sayangi.

Lebih kurang macam tulah dia punya sinopsis...

MACAM MANA KAWAN?
Filem ini telah disusun dengan sistem naratif yang bergerak dengan baik. Setiap subplot yang terdapat dalam filem ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk satu filem yang baik. Dengan susunannya yang tidak bersifat sikuan tetapi mudah difahami menjadikan cerita ini tidak membuatkan penonton merasa rimas.

Setiap watak dalam cerita ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan mempunyai objektifnya tersendiri seterusnya menyebabkan segala persoalan dapat diwajab dari teks ini. Ini merupakan cara kalau Khabir dan Mira menjalankan filem...sejak dari Cinta lagi seterusnya permainan plot sebegini dibawa dalam Sepi dan dalam filem Nur Kasih permainan plot ini masih diguna.

Lakonan mantap yang dibawa oleh pelakon-pelakon dalam filem ini juga patut dipuji. Pada saya kalau saya diberi pilihan watak apa saya suka saya pilih watak Illiyas (anak Aidil). Permainan mood anak kecil ini memang menarik. Watak dia memang menunjukkan dia seorang watak abang yang baik sama seperti watak yang dibawa oleh Aidil.

Watak Aidil yang kuat dan tabah telah dijadikan satu karektor yang lemah pada awal cerita. Kesedihan akibat kemaitan isterinya akibat kemalangan telah menyebabkan dirinya dipenuhi dengan kesedihan dan sentiasa berada dalam mengingati memori indah bersama isterinya. Namun begitu, kesedihan Aidil telah hilang sedikit demi sedikit setelah ditenangkan oleh keluarganya dan dengan berita kehamilan Nur.

Dengan membawa karektor baru dalam cerita seperti karektor Mamat seorang budak liar yang berusaha untuk insaf telah menggerakkan plot cerita ini dengan menarik. Mamat ibarat satu harapan kepada Adam untuk melihat impiannya untuk mendidik remaja liar tercapai. Dan ternyata lakonan Munif tidak mengecewakan apabila dengan membawa gaya bersahaja dia telah menggerak plot cerita dengan baik.

Boleh dikatakan semua pelakon dalam filem ini telah memberikan lakonan yang menarik. Cuma saya kurang berminat dengan penamat cerita yang kelihatan panjang (pada saya) kerana pada ketika ini tempo cerita kelihatan perlahan. Dengan mewujudkan watak-watak baru untuk menyatakan bahawa mereka berada pada masa hadapan dan diari yang ditulis oleh Adam telah tamat kerana dia menemui ajalnya. Seterusnya, Nur Amina berjumpa anaknya Said dalam suasana sedih gembira. Mungkin pengarah tidak mahu menjadikan cerita ini sebagai sad ending.

Terdapat beberapa kritikan sosial yang dibawa oleh filem ini yang boleh kita ambil perhatian. Antaranya ialah adegan keengganan seorang ustaz untuk membantu Adam dalam mendidik remaja liar kerana dia tidak mahu mengajar anak murid Adam yang tidak menutup aurat. Adam berusaha memujuk ustaz itu tetapi gagal.

Selain itu, adegan di mana Nur menolak satu projek yang ditawarkan kepadanya. Projek untuk membina satu kelab hiburan. Watak Jehan Miskin (saya x ingat nama watak) telah memarahi Nur dan menyatakan bahawa usahawan melayu akan terus ketinggalan sekiranya tidak berfikiran terbuka sepertinya.

Cuma konflik yang dibawa dalam filem ini tidak sehebat konflik yang dibawa dalam dram.a Ceritanya lebih tenang,lebih bersahaja dan konflik yang wujud dalam cerita ini lebih kepada kehilangan. Kehilangan isteri (Aidil), kehilangan Adam,kehilangan kontrak projek dan keguguran anak (Nur),kehilangan cincin, kematian Mamat (Adam). Konflik yang dibawa dalam versi filem dibuat dalam gaya yang sipi dan tidak setajam dalam drama. Ini sedikit sebanyak menyebabkan saya masih menerima drama Nur Kasih lebih baik dari versi filem.



Penataan visual yang dipaparkan dalam filem ini kelihatan menarik. Colors, editing untuk filem ini patut dibanggakan. Keindahan sinematografinya menyebabkan filem ini bukan satu filem sebarangan untuk ditonton. Kita juga dapat melihat maksud yang dinyatakan dalam visualnya dengan baik. Permianan shotnya juga kena dengan mood dan penceritaan. Perkara ini menjadikan saya merasa tidaklah terlalu rugi untuk melihat karya ini. Susunan muziknya juga boleh dikatakan membantu. Hafiz Hamidun telah menyusun muzik dengan baik apabila saya dapat merasakan bahawa tidak terdapat muzik yang bunyinya janggal dalam filem ini.

Diari yang ditulis oleh Adam ketika dia sakit telah membawa satu aksi dramtik. Diari ini berkembang dan terus berkembang sehinggalah Adam meninggal dunia. Pada saya, diari yang dibaca oleh Aidil ketika tua ini telah membawa narrator iaitu Aidil ketika tua menjadi satu narrator yang membantu cerita ini berkembang dengan baik.


Setelah saya menonton filem ini, saya rasa saya telah sekali lagi menonton karya berkualiti dalam filem tempatan dan penuhkan panggung wayang dengan filem sebegini sebab dah muak tengok filem yang kelihatan seperti drama murah.

*Filem ini hebat,tema kekeluargaannya menyentuh hati tetapi tidak dapat menandingi versi drama...4 dari 5 bintang saya bagi

2 comments :

Suhaila Ismail said...

the great entry lah...suke bace..
pengalaman + ilmu banyk membantu kamu walid.. hehe

Walid Ali said...

hahaha...tq...nanti sy tambah lag entry mcm ni

Tajaan