Post Page Advertisement [Top]

"Titus Andronicus ialah satu karya Shakespeare yang jarang dipentaskan kerana karya ini pada kebanyakan orang ialah karya Shakespeare yang paling teruk...setelah dipentaskan pada zamannya, karya ini dipentaskan semula pada abad ke 20" Skinner (2011).

Melihat daripada kata-kata yang dikatakan oleh seorang pensyarah saya ni saya rasa memang banyak perkara aneh yang akan saya lihat dalam pementasan ini nanti (bayangan dalam minda). Ya, melihat pada setting yang dibuat di luar pentas yang melihat kepada kekejaman, darah dan seterusnya saya melihat seperti saya melihat karya yang ditulis oleh penulis lain. Baiklah kita tengok pada ceritanya pula....


Sinopsis:

Titus Andronicus mengisahkan seorang general perang yang menghadapi pergolakan hidup di kerajaan Rom akibat dendam dari musuhnya iaitu Tamora bekas tawanan dari puak Goth. Setelah Tamora dibebaskan dari tawanan, Saturnius telah melantik beliau sebagai permaisuri kerajaan Rom yang baru. Tamora melaksanakan pelbagai rancangan untuk membalas dendam ke atas Titus akibat membunuh Alarbus, anak sulung Tamora selepas perang 10 tahun di antara Rom dan puak Goth. Tamora telah merencana helah untuk membunuh dan menyiksa individu yang rapat dengan Titus. Lavinia anak perempuan Titus menjadi mangsa Tamora dan Lucius dibuang dari kerajaan Rom.

Akibat dari tindakan Tamora, Titus mengalami tekanan perasaan. Tamora cuba mengeksploitasi keadaan Titus tetapi Titus sedar akan rancangan Tamora lalu mengadakan satu upacara untuk membalas dendam ke atas Tamora.


Katanya...

Baiklah semua, karya ini dipentaskan di ASWARA dalam Penilaian Tahun Akhir mereka pada 24 Mei 2011 di Panggung Eksprimen.

Karya ini telah dibawa dengan baik oleh pengarah,Kirin Muhamad. Beliau telah memberikan gambaran yang jelas bahawa beliau sedang benar-benar berusaha untuk membunuh "Shakespeare" dalam pengarahannya. Dengan memilih untuk mematikan keindahan bahasa dalam adaptasi karya ini memperlihatkan bahawa ini satu usaha yang sedang giat dijalankan oleh pengarah kerana aspek utama dalam karya Shakespeare ialah keindahan bahasa.

Gaya beliau menyusun pergerakan juga kelihatan menarik dan memperlihatkan pengarah telah membuat research yang baik tentang karya. Permainan visual yang menarik dari aspek pencahayaan telah memudahkan saya untuk memahami cerita ini dan seterusnya melihat karya ini sebagai bukan satu karya sebarangan. Ternyata permainan mood ini telah membawa saya sendiri ke dalam cerita ini.

Perancangan yang dibawa oleh pengarah telah menjadikan karya ini dilihat mempunyai nilai spectacles yang baik dan karya ini dilihat tidak terlalu membosankan. Dan paling saya suka ialah apabila adegan membawa keranda...dengan hanya membuat silhouette dan adunan warna yang menarik telah menjadikan saya merasa kagum untuk melihat apa yang akan terjadi dalam karya ini.

Pengarah juga memilih untuk membuat pergerakan-pergerakan yang jelas untuk menunjukkan satu-satu adegan. Ini merupakan satu perkara yang baik dan perkara ini jika saya ambil contoh saya boleh ambil contoh dalam adegan terakhir. Perbincangan untuk mengampunkan Saturn telah membawa kepada mood tragedi yang menarik apabila setiap pergerakan yang berlaku dalam adegan ini disusun dengan rapi. Bagi saya ini ialah adegan paling berjaya. Adegan memengal kepala, adegan Tamora nak muntah makan daging anaknya sendiri, adegan pembunuhan Saturn...Terbaik.

Karya ini ialah sepenuhnya karya tragedi dan tidak wujud unsur komedi dalam karya ini. Namun begitu, penonton masih boleh ketawa dengan kehadiran beberapa karektor dan juga beberapa keadaan yang dilihat anti catharsis. Saya membawa contoh apabila kehadiran karektor cucu kepada Titus,banyak kedengaran ketawa. Dengan Kostumnya yang aneh dan gaya bicaranya yang aneh dan pergerakannya yang aneh...

Mungkin pengarah membawa konsep alienation sedikit supaya karya ini dilihat lebih menarik. Atau mungkin ini salah satu cara pengarah membunuh Shakespeare?

Muzik yang dibawa dalam persembahan ini juga kelihatan menarik. Pemilihan muzik rock ini ialah salah satu cara yang sesuai untuk memadankan cerita dengan mood. Cuma kadang-kadang saya terasa seperti melihat persembahan WWE...Anyway, muziknya sesuai dengan cerita.

Setelah diperhati dan diamati dengan mendalam...Kirin Muhamad ternyata seorang pengarah yang mempunyai nilai pengarahan yang baik dan memilih untuk membawa unsur-unsur menarik dalam karya Shakespeare ini. Dan ternyata saya tidak rugi melihat persembahan pada malam itu...

*baru hari ni saya tau nama tempat makan tu Lereng (x da kaitan dengan Titus)

No comments: