Post Page Advertisement [Top]

Ini merupakan satu cerita yang dipenuhi dengan adegan yang memerlukan penonton untuk datang sendriri melihatnya kerana karya ini bukan karya sebarang. Saya mula mendapat tahu tentang teater ini apabila seorang kawan berjumpa dengan saya dan bercakap bahawa akan ada satu teater yang akan menggabungkan kumpulan pelajar seni persembahan di negara ini dan tajuknya TyIcKooUnS...

Saya datang pada malam priview dan saya memilih hari ini kerana takut saya tak dapat datang hari lain kerana dalam kalendar saya ada terdapat banyak lagi persembahan teater dan majlis ilmu yang perlu saya hadiri sebagai penonton. Baiklah, sinopsisnya begini....

Tycoon ialah seorang pemimpin yang memimpin satu kumpulan tikus dalam satu kawasan yang digelar Siem Pang. Tycoon telah berjaya memajukan kawasan itu sehinggalah beliau meninggal dunia dan kehadiran seorang pemimpin baru telah membawa perubahan positif kepada Seim Pang.

Kehadiran Cikgu Gandak telah membawa satu makna baru kepada penduduk Cimpang apabila Cikgu Gandak telah menjadikan Siem Pang sebagai kawasan yang aman dan baik. Namun begitu, Cikgu Gandak telah dipulaukan apabila anak kepada Tycoon telah menjadi pemimpin kawasan.

Namun begitu, di Siem Pang Cikgu Gandak meninggalkan tiga orang anak iaitu Long (anak kandung), Manan dan Romana (kedua-duanya anak angkat). Mereka bertiga telah bekerja dengan Tycoon. Long yang ditangkap oleh Tycoon dan dijadikan kambing hitam dalam menyembunyikan rahsia Tycoon telah menyebabkan Manan mengamuk.

Manan mengamuk apabila dia merasakan dirinya ditipu oleh Tycoon dan dia mula bekerjasama dengan Romana untuk membunuh Tycoon. Long tidak mahu terlibat dalam rancangan itu dan berlaku pergaduhan dengan Manan. Pergaduhan antara Manan dan Long menyebabkan kedua-duanya mati dan Romana sahaja yang masih hidup.


Apa kata Walid Ali?

Kalau ada seekor tikus dalam satu kawasan akan ada sejuta lagi yang bersembunyi (lebih kurang camnilah dia punya dialog yang saya selalu dengar dalam teater ini. Betulkan saya kalau salah)

Teater ini telah digarap dengan satu idea yang menarik. Dengan menggunakan elemen-elemen ala-ala Crow Zero sedikit sebanyak memberi rasa pelik dan menarik apabila menonton naskhah ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang kurang jelas dalam penyampaian cerita ini sehinggakan saya merasa seperti diganggu oleh cara penceritaannya. Mungkin perkara ini terjadi kerana terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan.

Lakonan antara dua pelakon teater muda iaitu Zahiril dan Amirul telah membantu cerita ini untuk berkembang. Amirul dilihat berjaya membawa rasa yakin kepada penonton bahawa dia adalah Manan yang sedang mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Tycoon dan lakonan Zahiril pula lebih kepada seorang remaja yang taat kepada kepimpinan Tycoon. Ini telah mewujudkan konflik antara kedua-dua karektor ini dan mereka berjaya membawa watak mereka dengan baik.

Elemen muzik yang dibawa dalam persembahan ini juga dilihat baik. Dengan menggunakan lagu-lagu dalam mood gangster dan juga sedikit selingan muzik latar dilihat telah menyebabkan persembahan ini lebih ringan dan juga tidak kelihatan kosong. Dengan elemen ini telah membantu cerita ini lebih tenang untuk diikuti.

Kareografi korus yang tersusun dan tidak memeningkan telah membantu untuk memudahkan penceritaan ini untuk difahami. Dengan menggunakan elemen slow motion dan juga gerakan-gerakan yang releven dengan penceritaan telah menyebabkan kareografi mereka nampak menarik dan berkesan. Namun begitu, terdapat permasalahan apabila korus ini melontarkan dialog dan berlakon. Mereka kelihatan seperti kurang bertenaga dan terdapat beberapa dialog yang perlu ditekankan tetapi tidak sampai. Mungkin kerana persembahan hari pertama mereka agak sedikit letih. Gaya mereka apabila berlakon dilihat sedikit kontra jika hendak dibandingkan dengan apabila mereka membuat gerakan kareografi.

Set telah disusun dan direka dengan membuat level yang baik. Ini telah membantu kita supaya dapat melihat pelakon di atas pentas dengan lebih baik. Susunannya juga tidak terganggu oleh elemen-elemen yang akan menyebabkan pentas ini kosong ataupun semak. Selain itu,dengan set yang mudah sebegini telah memudahkan para pelakon untuk begerak dan saya tidak melihat kesukaran atau rasa tidak selesa pelakon terhadap set yang telah direka.

Elemen pencahayaan pada persembahan ini pula lebih mementingkan aspek mood dalam penceritaan. Ini dilihat bersesuaian dengan gaya yang ingin dibawa oleh pengarah. Penonton juga dapat memberi tumpuan terhadap satu-satu babak tanpa mempedulikan pergerakan pelakon yang sedang bertukar pergerakannya untuk pergi ke babak seterusnya. Dengan membawa elemen membuat bayang-bayang di tirai putih di belakang pentas telah menambah lagi elemen sisi gelap cerita ini. Cuma mungkin apabila melihat seperti melihat filem-filem gangster yang mana mereka berada di lorong dan di beberapa bahagian terlihat bayang-bayang.

Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan...Pastikan tidak terlupa melihat teater ini kerana teater ini bukan teater sebarang tetapi lebih kepada teater yang mempunyai nilai tersendiri untuk ditonton...Tak rugi...sikit je duit keluar untuk karya berkualiti seperti ini.

*Perhatikan betul2 poster...ada sesuatu yang anda jumpa...dah jumpa bagitau

No comments: