Hari ini dah masuk hari kedua saya berada di rumah seorang diri. Perkara ini mengingatkan saya tentang peristiwa apabila saya berada di rumah ini selama berminggu seorang diri pada cuti semester yang lepas. Ada orang mengatakan boleh jadi tak betul kalau seorang diri terlalu lama.
Kawan saya? Laptop saya...Ya semua maklum yang utama sekarang ialah Facebook...Kegianan terhadap facebook ini mula saya rasa semula dalam semester ini...almaklumlah internet dah senang nak dapat...dan sekarang bukan setakat facebook tetapi banyak lagi benda di dalam aplikasi bernama internet ini membantu hidup saya dari terus bosan...
Dah bermacam pulak drama yang saya tengok sampai bawah mata saya hitam dan sakit...oh, teruknya...saya perlukan satu produk untuk mata ni...
Televisyen. Itupun pukul 5 ke atas...tv9 dan pukul 8 ke atas...tv3. hahaha. Semua tahu kot maksud saya. Senang cerita dengan suasana begini orang akan mengatakan saya seorang lalaki yang tidak ada hala tuju. Menanti esok tiba dan terus menerus menanti esok tiba. Persetanlah. Saya ada kerja yang perlu saya lakukan dan kerja itu bukannya saya buat free...
Sekarang saya tengah menunggu seorang rakan serumah yang katanya akan mula bekerja esok. Dan sampai sekarang...dah dua hari...saya tak namapak batang hidung dia? Ke mana dia pergi? Wargh!!!
Nasib baik ada kumpulan dari Saujana. Saya pergi ke rumah mereka dan mula berbual dengan mereka. Ternyata perbualan ini sangat seronok. Mereka mengajak melakukan macam-macam perkara. Dan ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa bosan saya. Tapi masalahnya pula, saya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk duduk lebih lama di situ. Kawan semua, saya membuat keputusan untuk duduk di rumah bujang saya sambil menunggu bulan Jun untuk projek seterusnya.
Saya juga ada keluar dari rumah dengan tujuan mencari rakan baru. Mana tahu akan terjumpa seorang kawan yang boleh dibawa bercakap. Dan perkara itu telah terjadi semalam. Saya minta pada Tuhan untuk berjumpa kawan baru untuk bercakap dan saya jumpa seorang yang berpangkat pensyarah. Kami berbual agak lama juga. 15 minit. Ini cukup lama untuk mereka yang bosan.
Lelaki separuh abad ini bertanya macam-macam perihal diri saya dan apabila saya menyatakan saya seorang pelajar teater dia tidak terkejut malah bertanya satu soalan yang saya rasa sukar untuk saya jawab "dah lama tak tengok teater islam. Adik tak nak buat satu ker"...
Ternyata dia seorang pensyarah dari fakulti lain yang boleh menerima kahadiran teater dan ini jarang sekali berlaku kerana semua maklum bahawa seni ini satu perkara yang sukar untuk dibawa dalam dunia professional.
Saya diam apabila mendengar soalan itu. Soalan itu terlalu sukar untuk saya jawab. Mungkin sebab saya terlalu memikirkan aspek-aspek kekaguman dalam teater sampai terlupa akan perkara ini. Nak buat teater Islam bukanlah satu perkara yang mudah. Memerlukan pengamatan,kajian yang mendalam supaya tidak berlaku kesilapan besar dalam penyampaian. Pernah ada ketika saya melihat satu teater yang didasarkan oleh stail teater Islam tetapi apabila saya melihat pengisiannya cuma sekadar satu teater komersial yang menggunakan nama status Teater Islam. Dan saya tidak terkesan oleh teater-teater sebegini.
Pada ketika inilah saya teringat akan satu teater yang mana pada saya memberi kesan dalam diri saya sampai ke hari ini. Intan yang Tercanai karya Datuk Noordin Hassan dan diarahkan oleh Wahab Hamzah merupakan satu teater yang mana pada saya mempunyai nilai-nilai yang yang tersendiri dalam aspek penulisannya dan juga pengarahnya.
Satu lagi teater ialah Menunggu Kata dari Tuhan...Pada pementasan kali pertama saya cuma dapat membaca riview dari majalah dan ketika saya menonton sendiri teater ini ternyata saya merasakan saya terlalu kecil di sisi Tuhan. Banyak perkara yang saya lihat kalau watak yang dibawa oleh Sabri Yunus itu terjadi pada saya, sudah pasti saya akan mati akal. Bayangkan kalau Nabi memalingkan muka pada anda?Itulah rasa watak yang dibawa oleh saudara Sabri dan saya pernah menyuarakan pada seorang rakan untuk mementaskan teater ini dan apabila dia sendiri berbincang dengan penulis asal Dinsman...Kata putus...tak dapat dipentaskan kerana takut maksud yang ingin disampaikan lari....
Baiklah, Yang penting teater mempunyai nilainya tersendiri dalam kehidupan dan jangan disia-siakan kerana maksud teater itu sendiri "seseorang atau beberapa orang yang melakukan sesuatu di hadapan seseorang atau beberapa orang pada waktu dan tempat yang sama" membawa pengertian bahawa teater itu satu ilmu untuk belajar tentang manusia.
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment