Satu hari, saya telah pergi ke satu majlis ilmu yang membincangkan tentang pembacaan filem. Membaca visual yang terpampang dalam filem. Selain itu, diselitkan ilmu-ilmu lain seperti ilmu membuat riview, bagaimana pengarah filem yang baik dan macam2 lagi.
Ok. Cerita saya di sini cumalah berkaitan apa yang terjadi pada hari itu dan apa yang saya dapat. Saya sentiasa mencari peluang untuk mencari ilmu tentang filem dan visual. Jadi, apabila saya berjumpa dan bercakap dengan mereka yang mempunyai ilmu berkaitan bidang ini saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencatat segala perkara dalam perbincangan mereka dalam minda saya. Perbincangan dengan ilmuan ini pada saya akan menambah lagi pemahaman saya berkaitan filem.
Secara jujurnya, saya tidak mempunyai ilmu yang meluas berkaitan bidang ini tetapi saya amat2 ingin untuk mempelajari ilmu yang berkaitan filem...sampai ada seorang kawan kata "nak beralih arah ker?" dan saya menjawab...."xlah. Cuma rugi kalau dalam hidup ni kita x belajar banyak benda."
Saya cuma mempunyai sedikit ilmu dari kelas Cinephoto dan melalui diskusi yang dijalankan oleh En.Norman, En.Hassan dan juga En.Aidi (mereka ni pensyarah di fakulti saya)...dan dengan ilmu ni saya bawa ke majlis ilmu ini...kesimpulannya...terlalu banyak yang saya masih belum dapat baca...ahahahha....mungkin untuk majlis ilmu seterusnya saya akan jadi lebih baik...maklumlah, subjek berkaitan semiotics ini saya belum mahir lagi.
Yang pasti, keseronokan mendapat ilmu ialah satu benda yang menarik pada saya. Walaupun ketika saya pergi ASWARA pada hari itu, saya tidak dapat bercakap banyak kerana ilmu x banyak tapi...input yang saya dapat membuatkan saya merasakan bahawa semiotic ialah satu bidang ilmu yang menarik untuk dipelajari...supaya filem-filem kita akan menjadi malar segar macam "Bujang Lapok"....
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment