Sekarang ni dah semakin banyak orang mula berubah. Atas pelbagai alasan. Ada yang kata untuk suka-suka ada yang kata ikut kawan ada yang kata nak tonjolkan diri...Yang pasti, perubahan itu dibuat atas satu dasar yang kukuh atau dalam bahasa yang lebih jelas alasan yang paling tepat ialah kerana tidak boleh lagi menerima perkara lama dalam diri.
Ya. Yang lama dalam diri dikeluarkan dan disarung dengan satu signifikasi iaitu baharu. Cuba kalau tak wujud sistem perubahan ni. Saya yakin banyak yang akan tidur lelap mata sebab tak ada cabaran baru (untuk pekerja atau pelajar) atau akan merasa satu perasaan iaitu bosan...err saya tak pasti yang bosan itu satu perasaan atau satu entiti lain. Dah. Tinggalkan cerita tu.
Yang pasti sekarang, perubahan itu yang akan memberi rasa seronok, pengalaman baru dan juga akan menyebabkan mereka yang sentiasa tertidor boleh bangun awal...seawal sebelum subuh...Ada pulak kawan saya tanya soalan? semua perubahan itu baik ker?
Dan jawapan saya...Tidak...bukan semuanya baik...ada yang akan menyebabkan orang di sekeliling kita merasa rimas...melihat perubahan yang mereka rasanya tidak kena pada mereka...dan akhirnya orang yang berubah ini tadi (perubah) akan disisihkan tanpa ada antara kawan menegur (biasalah orang kita...kawan2 tak nak tolong)...dan seterusnya akan menyebabkan pergaduhan yang tidak diketahui puncanya...Sebab terlalu banyak fitnah...atau cerita negatif yang tidak wujud hasil daripada perbincangan oleh mereka yang rajin mengumpat...Formulanya mudah, tak suka tengok orang tu + Mengumpat = Fitnah!!!
Bahaya kan kalau berubah tak kena masa dan tempat atau situasi?
Dia nak berubah biarlah. Tapi perlu diingat...kalau kita rasa tidak selesa...lebih baik kita katakan saja pada orang itu...kau jangan macam ni..saya tak suka...Betul tak? Daripada tambah dosa mewujudkan kosa kata fitnah dalam kamus hidup....
Yalah. Mana kita tahu niat di perubah itu tadi? Mungkin dia nak menambah rakan dalam laman sosial atau ingin menjadi bintang yang ternama di tempat sendiri as known as jaguh kampung. Atau dia ada alasan tersendiri yang sengaja tidak diberitahu...
Kalau memang dia berubah kepada kebaikan akan berlaku juga perkara yang sama...tapi dalam dua kesan berbeza...1)mereka yang berada di sekeliling menerima dengan hati terbuka (alhamdulillah) dan 2)mereka yang berada di sekeliling akan mencuba mencari satu titik untuk mencucuk jarum dan seterusnya akan menyebabkan kejatuhan si rakan yang benar2 nak berubah itu.
mmmm...panjang sangat dah ni...melalut lebih-lebih pulak
Post Page Advertisement [Top]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment