expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Tuesday, May 3, 2011

Bercakap dengan Kucing



Babak 1
Adegan 1
Masa: Petang
Setting : Kedai makan
Bunyi lagu balada berkumandang. Kelihatan seorang lelaki lain membawa sepanduk hati taman melintasi watak Lelaki. watak Lelaki sedang makan dan melihat seekor kucing. dia memberikan kucing itu makanan sedikit dan kucing mula menegur lelaki itu

Kucing: woi
Lelaki: Apa?
kucing: Nape ni?
Lelaki : kenapa apa?
Kucing : Nampak macam ada masalah
Lelaki: Aku dok sini orang banyak
Kucing:pastu?
Lelaki: Tapi sorang pun aku tak kenal
Kucing : Tapi aku kau kenal.Boleh cakap lagi tu
Lelaki: Dah kau je layan aku
Kucing: oh sedapnya.
Lelaki: Apa dia tu? (menjauhkan diri)
Kucing: Janganla pakai Federal...
lelaki: Yalah. aku pakai NKVE
Kucing: Aku tak habis cakap lagi...kau dah potong
Lelaki: Dah bunyi kau cakap lain macam
Kucing: Masalahnya kau pakai highway lain...aku cakap sedap makanan ni...alhamdulillah
pause
Kucing: Kau ada masalah lain ni
Lelaki: Mana ada.Kenapa cakap mcm tu?
Kucing: Kau sedar tak kau senyum sorang-sorang dari tadi?
Lelaki : Aku suka tgk kau makan...bertambah pahala tolong makhluk lain macam kau
Kucing: Bohong.Dalam hati kau kata lain.
Lelaki : Apa dia?
Kucing: Hahaha
Lelaki: Kenapa gelak?
Kucing: Hahahaha
Lelaki : Kenapa gelak?
Kucing: Mata kau memang tengok aku. Tapi sekarang fikiran kau melayang ke lain.
Lelaki: Ada-ada je kau ni kan
Kucing: Hahahaha....siapa dia?
Lelaki : ???apa yang kau nak cakap ni?
Kucing: Eleh..buat-buat tak tahu pulak...
Lelaki : Apa dia?
Kucing: taulah dalam hati ada taman sekarang...
Lelaki: hahahaha...lawak jugak kau ni
Kucing: cakapla betul-betul
Lelaki : tak da apalah..hahaha
Kucing: kau pernah dengar penyakit orang bujang?
Lelaki: penyakit apa tu?
Kucing: Angau....

pentas digelapkan...

Tajaan