Post Page Advertisement [Top]
Bercakap mengenai situasi semasa...ada yang mengatakan baik. Tak kurang juga yang kata susah nak kata... Macam nilah, senang cakap semua berlaku atas rasa orang itu sendiri terhadap situasi semasa...apa yang dia hadapi?apa yang dia rasa?
Saya pula bila bercakap situasi semasa (dalam minggu ni) memang pada saya sangat sukar. Tekanan demi tekanan terpaksa saya hadapi dari sehari ke sehari dan perkara ini masih berlarutan. Sampai saya percaya satu perkara untuk menyelesaikan masalah perlulah dihadapi masalah itu. Kerja-kerja yang berlambak yang saya wajib selesaikan dalam masa yang singkat memang membawa satu lagi keadaan baru yang mana pada saya yang lambat ni (perlu hadapi dengan cepat)...
Argh!!!Persetanlah...yang penting bahagia....Baik saya cerita bahagian lagi (mungkin babak 2 atau 3 atau sekian babak yang saya rasa menarik)....
Saya banyak memberi komentar mengenai persembahan yang dipersembahkan oleh produksi lain. Ya. Menjadi pelajar sarjana muda perlulah tajam daya rasanya...Tapi bila sampai bahagian komentar? Kritikan jenis apa yang perlu saya bagi antara empat jenis kritikan?(ni pelajar yang ambik paper kritikan taulah)
Sampai satu peringkat saya merasakan saya takut untuk menghasilkan karya atau membantu karya kawan...Kerana takut orang kata saya banyak cakap tapi bila buat...sama tara atau lebih teruk...
Tapi saya yakin. Perkara utama ialah proses belajar bukannya siapa kita....Maksud saya buat dan terus buat kerana silap itu proses pembelajaran (macam cikgu sekolah pulak)....Dan saya tahu dengan kebolehan yang saya ada kalau ikut resume tak layak...Tapi akan bagi terbaik...
Hahahah.....Apalah akan terjadi lepas ni?Apalah saya merepek ni...Berlapis-lapis macam bawang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment