Post Page Advertisement [Top]






Karya terbaru Mamat Khalid kali ini ternyata sangat menarik dan memang dinanti oleh rakyat Malaysia. Rakyat kita sememangnya meminanti karya-karya seram dan perkara ini membawa kepada minat saya untuk melihat filem ini.

Filem ini mengisahkan tentang gangguan yang berlaku dalam Kampung Pisang yang telah lama ditinggalkan oleh Husin yang pergi mencari rezeki di Singapura. Kehadiran Husin ke kampung telah membawa kepada satu cerita tentang kewujudan seorang ke seekor hantu yang dikatakan oleh penduduk kampung sebagai Kak Limah punya hantu kerana pada satu malam, sekumpulan penduduk kampung telah pergi ke rumah Kak Limah dan terjumpa rangka manusia yang disangka sebagai rangka mayat Kak Limah...Berulat.Abis dah daging....Sejak dari waktu itu, gangguan sering berlaku dalam kampung dan seterusnya membawa kepada satu usul untuk membakar rumah Kak Limah tetapi dihalang oleh Husin. Permasalahan ini dapat deselesaikan setelah kehadiran anak Kak Limah yang dikatakan pergi PILIH KASIH dengan memberitahu akan keadaan sebenar ibunya.....


Baiklah. Cerita ini banyak membawa kepada penonton supaya berehat dan berfikir dan bergelak ketawa. Terdapat banyak kritikan sosial yang ingin disampaikan oleh pengarah dan saya lihat sebagai satu fenomena yang baik dalam industri kerana amat sukar kita melihat filem yang ada nilai kritikan yang banyak kecuali dalam filem-filem Mamat Khalid. Mamat banyak mengkritik terutama dalam aspek politik yang menyamakan ahli politik yang bermasalah sebagai hantu dan juga menunjukkan bahawa terdapat rakyat kita yang sukar bersyukur...hal ini dipaparkan oleh watak-watak penduduk kampung dan mmmm....

Kita juga diperlihat sebagai satu masyarakat yang selalu kagum akan orang luar. Kehadiran bomoh yang dibawa dan ditemui di tepi jalan oleh Johan ( x ingat nama watak dia) dengan sombong dan tak logiknya mengatakan bahawa beliau ialah bomoh yang hebat dan boleh mengalahkan semua hantu tetapi...hampas...sawan...Begitu juga dengan kehadiran bomoh dari Thailand yang hadir untuk membantu. Tetapi penamatnya, masalah dapat diselesaikan oleh penduduk kampung....

Terdapat juga beberapa bahagian yang dilihat sebagai satu perkara yang menarik. Saya suka untuk melihat bahagian di mana Awie menyanyikan lagu Cinta Kristal dan dalam bahagian ini, semua pihak yang berada di sekelilingnya membawa dan mengikut irama lagu ini...hahahahha lawak tapi stail


banyak lagilah...

Yang pasti pada saya karya beliau pada kali ini walaupun dikatakan sambungan zombi kampung pisang tetapi boleh berdiri sendiri sebagai satu naskhah yang kuat. Hmm...Nak kata apa lagi? Tengoklah cerita ini.Sangat menarik....Rugi kalau tak tengok karya ini....

No comments: