expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Saturday, January 8, 2011

Janda Setinggan




hmmm...
Panjang la pulak tajuk kali ni. Tapi yang pasti ialah Janda Setinggan satu projek akhir pelajar teater sarjana muda Aswara telah memberikan satu karya yang pada pandangan saya masih perlukan peningkatan. cerita ini diangkat dari karya puisi A.Samad Said dan saya pasti semestinya amat sukar bagi semua pihak lebih-lebih lagi penulis untuk membawa skrip ini ke tahap yang tinggi.

Karya seniman negara seringkali dilihat sebagai satu karya yang berat dan sukar untuk dibawa. Telah banyak pihak berusaha. Tidak kurang juga pelajar dari UiTM yang pernah mencuba membawa skrip karya seniman ini. Tetapi ternyata karya-karya Dato' A.Samad Said sukar untuk dibawa.

Kesukaran untuk membawa skrip ini telah dapat dikesan dalam cara penyampaian yang ingin disampaikan oleh pengarah teater ini. Aaaaaa....kita bagitau sinopsis dululah...kan lagi elok cam tu....

SINOPSIS:
Mengisahkan seorang janda yang telah berkali-kali dikecewakan oleh lelaki dalam hidupnya. Lelaki Muda, Lelaki Tua, Lelaki Duda dan Lelaki Kaya. Mereka ini telah membawa kepada kehidupan janda ini semakin sukar dan telah menyebabkan juga dirinya semakin matang dalam kehidupan. Si janda ini tadi perlu menghadapi Tuhan dan dibebankan dosa yang lepas dan menghadapi masa-masa terakhir dalam kehidupannya..dah nak matilah...senang cakap...

Karya ini telah diadaptasi dan diarahkan oleh Shariffah Mariam. Beliau ialah salah seorang pelakon dan pengarah yang agak biasa kelihatan di Dewan Bahasa dan Pustaka dalam misi membawa karya-karyanya kepada penonton. Pada kali ini beliau mengarah pula untuk satu projek penilaian akhirnya...kalau nama lebih popular ialah PETA.

Baiklah terus kepada bahagian pengarahan. Pengarah memilih untuk membawa karya ini dengan stail eksprimental iaitu satu genre yang biasa dibawa oleh pelajar-pelajar di institusi ini. Ya, saya setuju dengan caranya, dengan karya seberat ini dan dipentaskan di Panggung Eksperimen yang sinonim dengan eksprimen....saya rasa tidak menjadi masalah...

Pengarah telah berusaha mengangkat naskhah ini supaya maksudnya mudah difahami oleh penonton dan kerja ini adalah satu kerja yang berat dan sukar. Masih samar-samar dan kurang jelas akan cara pengarah membawa karya ini kepada penonton. Pemilihan ayat-ayat yang kuat dan diulang-ulang oleh pengarah masih kurang menjelaskan cerita kerana pergerakan yang cuba dipaparkan oleh pengarah kurang membantu.

Namun begitu, terdapat beberapa bahagian yang saya lihat pengarah berjaya membawa maksud seperti ketika adegan wanita mengangkat lelaki yang saya faham sebagai satu perlambangan kepada betapa janda itu tadi mengangkat beban yang diberikan oleh lelaki yang diwakili dalam warna hitam iaitu warna yang sinonim dengan kejahatan, kegelapan, kesuraman...Pada saya, pengarah boleh mengubah beberapa bahagian yang kelihatan sebagai sama kepada satu lagi babak baru yang lain dan boleh membawa maksud yang lebih mudah difahami.


Untuk aspek sinografi, kostum. Kostum yang dipakai dan digunakan ialah satu kostum yang biasa digunakan oleh pelakon dalam lakonan eksprimental. Warna hitam dan putih yang dipilih saya lihat dan saya faham sebagai satu cara untuk pengarah membezakan antara dua peranan itu tadi iaitu janda dan lelaki-lelaki dalam hidupnya. Cara ini ialah satu cara yang membantu dalam penyampaian maksud melalui kostum. Selain itu, watak sampingan seperti nenek dan kumpulan wanita yang suka mengumpat diwakili oleh kostum berwarna hitam. Maksudnya, pengarah memilih untuk menyatakan bahawa persekitaran si janda itu tadi dikelilingi kejahatan dan kegelapan.

Pencahayaan yang telah dipilih oleh sinografer untuk karya kali ini dilihat seolah-olah kurangnya. Mungkin pengarah ingin menyampaikan kegelapan dalam hati dan diri janda. Dengan konsep minimal begini, bahagian pencahayaan cuma memaparkan bahagian-bahagian penting sahaja dan dari satu sudut lagi pencahayaan begini kurang memberi kejelasan kepada kekaguman pada aspek tatacahaya. Pada saya, perlu ditambah aspek kekaguman dalam hasil kerja kerana ini akan lebih membantu cerita. Ya, walaupun ini eksprimental, tetapi akan jadi lebih menarik sekiranya diberikan lebih nilai maksudnya kerana permainan crops dan penggunaan tatacahaya yang selamat sebegini memberikan penonton rasa kurang nikmatnya...

Rekaan set setinggan ialah satu kerugian pada pandangan saya. Set ini hanya digunakan sementara dan pengarah lebih menumpukan kepada penggunaan kerusi. Hal ini seterusnya memperlihatkan set setinggan yang direka itu kurang digunakan dan seterusnya memperlihatkan set itu sebagai satu kerugian. Pelakon mungkin boleh lebih banyak menggunakan set ini dan seterusnya menambah lebih rasa pada penonton berdasarkan penggunaan set ini. Tapi, perkara ini masih boleh digunakan dan yang paling utama pada saya, set kerusi lebih sinonim kerana kerusi boleh mewakili banyak perkara. Sama ada pengarah memilih menggunakan kerusi sahaja atau menambahkan penggunaan set setinggan.

Audio? Tak banyak yang saya boleh cakap. Yang pasti, audionya menarik kerana penggunaan muzik secara live lebih memberi nafas kepada naskhah dan lagu-lagu serta muzik yang dipilih berada pada tahap yang bagus.

Yang pasti karya-karya yang dihasilkan oleh seniman negara kebanyakannya berat dan memerlukan satu usaha yang mendalam untuk mengangkatnya. Sama ada cara muda atau cara lama yang penting ialah usaha untuk mengangkat karya ini ialah satu perkara yang bagus dan mereka yang ingin mencuba perlu menghadapi risiko ini.

Tahniah untuk kumpulan ini. Satu usaha yang baik dan sokonglah teater orang-orang muda kerana, merekalah penyambung industri teater masa hadapan...

* Tengok 17 Disember 2010 riviewnya bulan satu

No comments :

Tajaan