expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Friday, November 26, 2010

Harry Potter




Saya telah berpeluang menyaksikan tayangan filem ini pada hari selasa yang lepas dan untuk pembuka bicara saya boleh katakan 4 bintang daripada 5 bintang...

Orang tanya: Sebab apa?

saya jawab:
sebab utama dia dapat markah macam ni, saya peminat filem ni...Kipas susah mati oooo
Baiklah. Senang cerita kita pergi satu-satu secara akademik...
Mula-mula struktur naratif cerita ini sememangnya teratur dan tidak serabut tapi berlaku sedikit masalah apabila terdapat beberapa adegan yang tergantung misalnya kisah perkahwinan selepas berlaku bencana, kisah kementerian, kematian Mad Eye...

Mungkin pengarah banyak sangat benda nak diceritakan sehinggakan penjelasan terhadap perkara ini menampakkan berlaku sedikit kecacatan dan menampakkan cerita ini bergerak sedikit pantas...tapi kalu fikir semula...who cares?...yang penting sekali orang nak tahu apa yang terjadi kepada Harry dan kawan2 setelah kematian Dumbledore dan apa itu Death Hallow...Atau mungkin pengarah simpan untuk bahagian kedua...almaklumlah banyak sangat perkara yang hendak diceritakan.

Sinematografi...Ok sangat baik untuk satu cerita fantasi remaja. Banyak teknik menarik yang boleh kita lihat dalam filem ini dan kita boleh contohi dalam filem kita. settingnya, lightnya lebih-lebih lagi audio...pendek kata saya tidak melihat banyak kesilapan berlaku dalam aspek kerja sinematografi.. Yang paling penting temanya...gelap...mimpi Harry...Efek...

Selain tu, ceritanya dipadatkan dalam laporan radio, surat khabar dan juga sedikit teks pendek yang bermakna...subteks...Ya, pengganti Dumbledore ialah Snape dan Harry dicari melalui media dunia sihir dan yang utama mimpi Harry banyak bercerita...


Apapun, gaya cerita ini tidak banyak berubah. Walaupun temanya gelap tetapi masih juga diringankan cara penceritaannya dengan humor oleh 3 orang rakan ni...Yang paling lawak ialah Ron...memang sangat-sangat lawak...

Banyak jampi yang jarang didengari dalam episod sebelum ini telah digunakan semula dan ini memberikan satu kenangan semula kepada episod pertama dulu ketika mereka mula belajar...

Ok...Baguslah untuk tontonan semua...cuma sedikit tanda tanya ke mana perginya pedang tu selepas mereka keluar dari tempat Dark Lord tu dan apa kaitan cerita yang diceritakan oleh Hermoine? Bahagian kedua kot...

2 comments :

Marya Hana . said...

kaw peminat harry potter ke walid.. wooooo..

Walid Ali said...

hahaha...x sangka ya? sy sanggup berabis beli koleksi novelnya waktu sekolah dulu....penamat citer ni? x nak bgtau...

Tajaan