Post Page Advertisement [Top]



Semalam saya telah pergi menonton dua filem pendek arahan dua pengarah berbeza Fatin Nabila dan juga Syahrul Fithri. Kedua-duanya dari dua entiti berbeza dan mempunyai pandangan berbeza....

Sinopsis Epal Hijau di Luar Pagar
Sinopsis : Selepas waktu persekolahan, Mamat(Iszham Walawei) mengambil upah menjaga kambing bagi membantu kedua ibu bapanya. Ayahnya (Nam Ron) lumpuh akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas hingga menyebabkannya hilang keupayaan untuk melakukan kerja. Ibunya (Aminah Rhapor) mengambil upah mencuci baju bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Mamat sering membawa kambing-kambing itu mencari makan di kawasan perkuburan cina hinggalah berlaku satu kejadian pada satu hari..

Epal Hijau di Luar Pagar
Epal Hijau di Luar Pagar merupakan satu filem pendek yang lebih dekat kepada format filem kerana menggunakan filem untuk shooting dan juga penceritaannya gaya dibawa oleh pengarah lebih terarah kepada filem.

Pengarah bagi karya ini merupakan seorang pensyarah teater dan untuk membawa satu filem pendek pada saya ialah perkara yang menarik. Pengarah telah mengawal sepenuhnya permainan cerita yang dibawa olehnya. Dari lakonan, sampailah kepada lagu semuanya telah dikawal baik oleh pengarah filem pendek ini. Ini menjadikan karya ini kelihatan matang dan mampu menjelaskan karektor atau diri pengarah itu dalam menyampaikan ideanya.

Penulisan skrip yang baik oleh pengarah telah menjadikan cerita ini berada dalam satu mood tersendiri. Gayanya lebih kepada melankolik tetapi mempunyai format filem yang jelas dengan pengarah lebih menekankan kepada bahasa visual berbanding teks. Apabila saya menonton karya ini saya merasakan bahawa pengarah telah membawa cerita ini dengan sangat teliti. Semua perkara disampaikan dengan gaya yang sesuai dengan penceritaan dan naskhah yang dibawa.

Ketelitian dalam teks dalam dilihat dengan segala falsafah yang dibawa nampak berkesan. Penulis yang banyak mempunyai idea dan sering mengkritik perihal masalah negara dan juga sosial, itulah Syahrul Fithri Musa. Bagaimana remaja itu yang benar-benar susah dalam hidup menghadapi hari-harinya yang selalu sahaja ditimpa bala bak kata si ibunya. Bagaimana konsep ketuhanan diperjelas dengan baik. Bagaimana, masalah jarak kemewahan,kesenangan sesuatu kaum diperjelas. Semuanya dibawa dengan teliti.

Saya melihat pengaruh beberapa pengarah serantau dalam karya Syahrul Fitri ini dan mungkin pengarah terpengaruh dengan Riri Riza atau arwah Yasmin Ahmad dalam membawa teks ini. Namun begitu, beliau telah mengadunnya dengan baik dan menjadikan saya merasa seronok untuk melihat karya ini. Perbincangan yang dibawa dalam teks ini juga jelas kelihatan dan Syahrul telah bermain dengan bahasa visual yang baik. Tempo permainan juga terkawal dan ini seterusnya menyebabkan saya tidak mengantuk walaupun ini merupakan satu karya yang kurang dialognya. Adunan yang baik ini menjadikan saya terasa seperti makan di satu kawasan yang berjiwa melayu tetapi diadun resepinya dengan rasa india dan cina. Amat2 menarik. Pengarah berjaya membawa jiwa melayu itu dalam teks ini.

Permasalah dalam kaum yang cuba dikupas oleh penulis telah berjaya disampaikan dengan cara tersendiri dan pada saya lirik lagu telah membantu saya memahami cerita ini dengan lebih mudah. Lirik yang disampaikan lebih kurang macam ni "kita sama bermimpi...walau x sama bantal" lebih kuranglah(betulkan kalau salah). Elemen ini benar-benar membantu karya Syahrul Fithri kali ini.

Pengalaman Syahrul Fithri mengarah beberapa PSA(public service announcement) telah mematangkan karya Epal Hijau di Luar Pagar. Hal ini menampakkan bagaimana penulis memadatkan idea dan cuma menyampaikan idea-idea utama untuk disampaikan dalam satu filem pendek dan ini menyebabkan saya nampak perkara yang ingin disampaikan oleh penulis walaupun sebelum diskusi...pada saya karya ini telah berjaya.

*En Syahrul tak rugi pakai filem untuk shooting dan buat efek hujan sebab saya nampak filem dalam karya en syahrul...Tahniah!!!(menunggu idea2 menarik En.Syahrul)

2 comments:

Anonymous said...

"kita sama bermimpi...walau tidur di bantal asing"

walid ali said...

ok...terima kasih...btw lagu terbaik