Post Page Advertisement [Top]

Semalam saya telah pergi menonton dua filem pendek arahan dua pengarah berbeza Fatin Nabila dan juga Syahrul Fithri. Kedua-duanya dari dua entiti berbeza dan mempunyai pandangan berbeza....

Benih Jahanam....
Benih Jahanam diperkenalkan dengan satu tajuk yang mudah untuk difahami apa yang terjadi dalam teks yang ingin disampaikan. Ya, sekali baca tajuk saya dah dapat bayangkan cerita dia macam mana. Itu dari aspek tajuk. Namun begitu, naratif yang tidak dibawa dengan kemas telah menjadikan cerita ini longgar dan mesej yang dibawa oleh cerita ini juga kelihatan tidak jelas.

Penggunaan terlalu banyak shot untuk satu cerita yang formatnya drama telah menjadikan cerita ini kelihatan pelik. Hal ini kerana, pengarah memilih untuk membuat filem pendek dan biasanya shot yang banyak-banyak ni sesuai ni selalunya saya lihat dalam filem bercorak aksi....
Terdapat juga shot-shot yang tidak memberi makna yang jelas tentang penceritaan dan ini dan dalam saya cuba memahami teks ini saya merasakan bahawa teks ini sukar untuk difahami.a

Terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan telah menjadikan cerita ini seperti terlalu laju. Macam mana nak cakap ya? Aaa macam ni...kita ada 20 minit untuk bercerita dan dalam masa 20 minit tu kita cuba untuk bercerita semua benda dalam minda. Disebabkan oleh itu, kita akan bercerita dengan laju dan kadang2 patah perkataan atau beberapa perkara akan tidak dapat ditangkap. Dan mereka yang mendengar akan sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

Lakonan yang lemah dari para pelakon telah menjadikan teks ini semakin layu. Penekanan terhadap beberapa line yang penting kelihatan tidak menjadi dengan riak emosi yang kurang berkesan. Untuk itu, mungkin pada produksi yang akan datang Fatin boleh memilih mereka yang lebih terkesan lakonannya.

Time of action yang jelas amat diperlukan oleh cerita ini memandangkan Fatin telah membawa satu jalan cerita yang mana berdasarkan penerangan yang diceritakan dalam diskusi terdapat perubahan zaman dari zaman yang lain kepada zaman sekarang. Maksudnya kita akan melihat peralihan zaman dalam cerita ini. Namun, tidak berlaku. Sekiranya perkara ini dapat dipertonton ini akan lebih membantu jalan cerita yang cuba untuk disampaikan.

Mmmmm presentationnya akan lebih menarik jika dibuat untuk produksi seterusnya...begitu juga dengan adunannya ...cuma produksi ini ialah satu produksi yang berusaha keras dan sedaya upaya untuk membawa idea mereka...syabas!!!Usaha yang bagus

No comments: