Post Page Advertisement [Top]




Seperti yang dijanjikan Fasyali...saya menaip ya untuk anda....

Apa yang akan terjadi sekiranya kita dikuasai oleh satu benda yang kita anggap tak sepatutnya bertindak sebagai satu benda yang berkuasa. Persoalan melalui topik TV telah mula dicipta dalam teks Fasyali kali ini. Dengan membawa TV sebagai satu watak yang bertindak sebagai rakan lakon kepada watak utama yang bernama Aloy...saya kira ini sebagai satu benda yang sukar.

Ok kita pergi pada sinopsislah ya...
Setelah sebulan perkenalan dia dengan pembaca berita, Mamat mula merasakan kelainan. Pembaca Berita itu bagaikan faham setiap kehendak dan naluri Mamat. Manakala Mamat pula semakin hari semakin tidak merasakan bahawa hidupnya telah terbelenggu kerana disaji dengan pelbagai kegembiraan.

Hingga pada satu hari baru dia tersedar dan merasakan bahawa perhubungan bersama pembaca berita itu adalah sia sia dan jelas tak ke mana. Namun itu disangkal keras oleh pembaca berita yang agak berkecil hati kerana Mamat mahu mensia-siakannya. (ni tiru bulat2 dari sinopsis yang kau emel kat saya)

Komentar
Karya ini ialah satu karya yang sukar untuk dipentaskan. Perlu sempurna dari segala sudut. Temponya kena tepat, dialognya tidak boleh kurang tidak boleh lebih...dan paling penting...Tak boleh langsung berlaku kesilapan teknikal...Sebab? Mamat (watak yang dibawa Aloy) ini perlu berlakon dengan satu rakaman video yang mana seperti yang kita tahu ialah keluarga teknikal. Teknikal bukan manusia yang boleh melakukan improvisasi atau mengeluarkan aksi2 dan dialog spontan. Dia juga tidak mungkin lupa dialog....dan tak akan dengar kata pengarah...

Sukar. Memang sukar. Cabaran kepada Fasyali kerana sebelum pementasan bermula dia perlu membayangkan blocking yang akan dijalankan. Kerana pelakonnya ialah tv dan manusia biasa. Begitu juga dalam memberi energy, membawa punch line. Kedua-dua pelakon ini (satu Mamat yang betul dan satu Mamat TV) perlulah mempunyai give and take yang baik.

Begitu juga dengan Aloy kerana ini bukan satu monodrama biasa yang mana lakonannya dikawal oleh pelakon tetapi kini TV mengawal Aloy...

Bercakap tentang lakonan, Aloy telah membawa satu rasa lakonan yang selesa. Aloy ternyata seorang pelakon yang baik dan mempunyai cara lakonan yang tidak membosankan. Dia berjaya mengawal situasi walaupun terdapat beberapa kesilapan yang memperlihatkan tv masuk dialog awal. Tapi tak apa bukannya masuk awal sangat. Jadi kesilapan itu tidak nampak sangat. Boleh jadi Aloy persis Tom Hanks.

Kejayaan mereka berdua membawa cerita ini berjaya membuatkan saya merasa kagum kerana idea yang dibawa oleh Fasyali ini bukanlah idea yang mudah untuk dijalankan. Ok, saya boleh katakan ini sebagai satu karya pasca moden yang best!!! Fasyali mungkin mempunyai gaya tersendiri dalam membawa ceritanya dan caranya nampak menarik dan tidak membosankan.

Pelbagai persoalan telah dibawa oleh Fasyali. TV yang dikatakan sebagai mempunyai pelbagai kelebihan seperti memberi hiburan, memberi maklumat, menjadi satu senjata minda dan macam-macamlah si TV ni boleh buat. Dan sampai satu peringkat orang yang tidak ada kawan seperti Mamat boleh menjadi kawan rapat kepada TV.

Mamat yang dikatakan sebagai seorang lelaki yang tidak ada sesiapa ialah seorang yang cuba untuk melarikan diri dari hakikat bahawa manusia memerlukan kawan. Tak kisahlah dia itu kawan rapat atau tidak. Dia memang memerlukan kawan untuk terus hidup. Untuk menjalankan escapism itu, Mamat memilih untuk menjadikan TV sebagai kawan. Tetapi, TV tu tetap macam manusia apabila si TV menjadi pembaca berita yang berkomunikasi dengan Mamat.

Isu perhubungan ini dikupas lagi dengan dialog seterusnya. Pembaca berita memberi kepercayaan kepada Mamat bahawa Mamat mempunyai seorang kawan rapat bernama Mamat jugak tapi versi pembaca berita di tv. Dia akan mendengar segala keluh kesah Mamat tanpa jemu. Fasyali, saya mencari teks sebegini. Dah bosan dengar kau sama dengan aku dalam versi drama picisan indon atau teks teater yang klise ideanya....

Mamat ini ternyata seorang terlalu obses kepada tv tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang banyak dari tv. Tumpuannya lebih kepada hiburan. Daripada perkara dan dialog yang dilafazkan Mamat dan isu perbualan mereka...Mamat lebih tertumpu kepada hiburan...dan yang hebatnya Mamat tak tahu tikar sejadah macam mana bentuknya....sehingga menjadi alas kepada tv. Waktu Mamat membawa sejadah ni dan letak kat TV tu saya ingat dia nak kata pada tv tu supaya bolehlah tv tu sembahyang dengan mudah. Macam hadiah kepada tv supaya tv dapat sembahyang. Tapi yang terjadi ialah Mamat langsung tak tahu itu tikar sejadah dan waktu ni diselitkan sedikit isu-isu semasa dengan gaya cuitan...hahaha (yang dia sebut pasal warna alas meja tu)

Rakaman mimpi yang baik juga telah dijalankan oleh Fasyali. Dia telah menunjukkan bahasa visual yang jelas seperti Mamat mempunyai masalah psikologi, Mamat merenung masa depan dan Mamat tak ada siapa-siapa di sekelilingnya.

Pada bahagian terakhir cerita mereka telah bergaduh besar sehinggalah si tv ni merajuk. Mamat yang pada mulanya ego akhirnya menangis sebab kawan dia si tv tu meninggalkan dia. Macam-macamlah dia buat nak pujuk si tv tu sampai melutut. Cuma pada saya lebih dramatik kalau dia peluk tv tu usap-usap tv tu macam konon-konon si Mamat ni ditinggalkan oleh awek dia....Fuh...Cadangan...Tambah lagi dengan latar belakang muzik sedih...lighting yang sedih...

Pada saya set dia ok. Nak ikut sangat dalam rakaman mimpi dia tu memang susahlah. Tapi tak kisah. Susunan setnya sudah nampak baik. Dengan meletakkan TV sebelah kanan menyebabkan saya tertumpu dan memang dikusai oleh si tv kerana kebanyakan budaya di dunia membaca dari kiri ke kanan jadi secara automatik tumpuan kita akan lebih kepada kanan. Susunan setnya nampak 3d dan ini menunjukkan kematangan Fasyali dalam berkarya. Dan paling penting semua setnya digunakan dengan baik. Tak ada set yang sekadar hiasan. Itu yang penting kerana external actionnya iaitu use of props telah dilakukan dengan baik.

Pencahayaan dalam bilik juga nampak baik. Untuk teater yang sebegini, tidak menjadi masalah lightingnya bagaimana kerana tumpuan kepada elemen suasana dan mood telah dibuat. Suasana ketika dia berlakon dalam setiap babak dan mood ketika Mamat mimpi dan tidur. Pada saya tak ada masalah sangat. Sebab asas-asas pencahayaan telah dijalankan. Mungkin sekiranya ada gel untuk mewarnai cerita ini akan lebih menarik lightingnya.

Hmmmmmm.....Nak kata apa lagi? Rugilah siapa yang tak tengok malam tu sebab teater ni mempunyai nilai kualiti yang tinggi dan ideanya menyebabkan saya semakin yakin dengan kata-kata Dinsman bahawa teater kalau dibuat dengan betul memang akan ada orang nak tengok....

*Kotak Hitam kat rumah saya dah diambil semula oleh tuannya...Nasib baik...kalau tak saya dah jadi macam Mamat

No comments: