Post Page Advertisement [Top]




Pada suatu hari di bulan Julai saya telah pergi ke Stor Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat...menonton...er menjamah satu teater yang bertajuk "Main Dalam Stor"...Hmmmm

Ini merupakan satu projek yang telah dibangunkan oleh kumpulan penggiat teater dari Playground Production. Mereka ni berkumpul untuk membuat satu pementasan yang menggabungkan 4 teater pendek yang dipersembahkan dalam bahasa inggeris dan sedikit bahasa melayu...

Adanya Post Modern-ism,Money,Faith dab Energia...semuanya ialah tajuk2 teater inggeris...Dan baru saja petang tu saya cakap dengan seorang kawan...kan best kalau saya dapat tengok teater inggeris....dan malam tu haa....tu dia 4 naskhah inggeris untuk engkau!!!

Post Modern-ism mengisahkan tentang pandangan masyarakat tentang satu-satu persembahan. Dalam teater ini dibincangkan bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menilai satu-satu karya seni dan tempat duduk yang terbaik dipilih sebagai isunya...Aaaaa...ok. Saya suka tapi saya rasa agak lemau sedikit...sebab ceritanya pada saya boleh dianggap mudah...Dan terlalu tertumpu pada satu-satu isu...entahlah

Seterusnya saya disaji dengan satu pementasan yang bertajuk Money...Mengisahkan tentang duit...macam tajuknya jugak...dan saya paling suka cerita ni dalam keempat-empat naskhah yang ada....walaupun hanya satu monolog tetapi dengan lakonan yang baik...isunya yang saya rasa menarik...dan sepanjang persembahan ini saya rasa saya tak habis2 gelak...gaya permainan isu duit ini dibawa dengan bagus...walaupun ada banyak scene...wataknya...ada dalam 6 kot watak dalam persembahan yang hanya dilakonkan oleh seorang pelakon...pada saya sangat menarik...isu duit dikupas dengan jayanya...

Faith pula merupakan satu cerita yang mengisahkan tentang kematian seorang anak dan dalam dia menghadapi kematian dia tu dia buatlah imbas kembali...Dia call mak dia kata macam2lah ayat yang berkaitan dengan tak dapat jumpa dia dah...Ok, saya faham...tapi macam ada yang kurang...mungkin sebab banyak line yang kuat tidak ditegaskan dan cerita ini diceritakan terlalu santai...menyebabkan saya merasakan cerita ini macam kurang dramatic actions...

Energia pula merupakan satu cerita yang mengisahkan tentang satu pasangan kekasih dan pada satu masa teman wanita dia hilang diculik oleh makhluk asing dan berubah menjadi lelaki india...Lelaki itu merasa sukar untuk menerima fizikal teman wanitanya dan dalam pada masa yang sama diselitkan beberapa isu yang berkaitan dengan masalah sosial semasa. Kedua-dua pelakon ini menunjukkan lakonan yang bagus...dan saya merasa yakin yang lelaki india itu merupakan seorang wanita yang berubah fizikalnya...fuh...seram gaklah tengok...tapi permaianan dan gaya cerita ini disampaikan sangat seronok...saya rasa tak rugi tengok persembahan ini.

Dalam pada pertukaran dari satu naskhah kepada satu naskhah yang lain terdapat satu kumpulan yang melakonkan watak sebagai cleaner...walaupun tujuan asalnya sebagai penyusun set tapi idea mereka yang membuat satu jalan cerita tidak menampakkan tujuan asal mereka untuk menyusun set untuk cerita yang seterusnya...hahaha....mereka ni sumpah lawak...mungkin rakan2 saya boleh ambik idea mereka ni waktu buat teater lain kali?

Daripada keseluruhan persembahan saya merasakan ini merupakan satu bentuk persembahan yang dikatakan sebagai boleh tonton. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari mereka sebab mereka telah membawa satu gaya persembahan post modern yang menarik dan mana yang baik tu kita ambik yang tak baik tu...kalau takut nak kutuk diam jelah ya...

*Hahaha...Datang2 sana kata tiket dah abis...dan nama saya letak dalam waiting list...nasib baik ada orang yang book tak datang kalau tak saya dah pergi Mc.D dah malam tu

No comments: