Post Page Advertisement [Top]

hahaha...Semua kawan-kawan yang membaca. Saya sambut hari jadi yang ke 22 saya di tempat orang, Melaka. Selama ini saya menyambutnya di kampung. Selama 21 tahun saya sambut hari jadi di kampung saya. Cakap pasal hari jadi, saya teringat waktu saya kecik2 dulu. Mak saya akan buat kek untuk sambut hari jadi saya. Ya, rasanya sangat sedap....ada manis2nya. Dan waktu tu saya paling suka kerja potong kek. Dan saya akan pilih pisau yang tajam dibuat dari besi stainless steel . Tak nak pakai pisau plastik yang bermacam-macam warna tu.

Bercakap pasal hari jadi sekali lagi, saya merasakan bahawa hari jadi saya kali ini merupakan hari jadi yang saya suka. Berjalan-jalan tempat orang. Tapi sori tau, tak beli apa2 dari Melaka pasal saya tak suka beli barang sangat kalau bercuti...bagi saya tengok saja dah cukup puas...seronok...

Sambutan hari jadi saya pada kali ini saya telah lalui dengan pergi ke tempat-tempat bersejarah di Melaka. Kesian kawan2 yang ikut hari tu. Semua muka berubah jadi hitam. Maklumlah dari pagi sampai ke petang berjalan. Berehat sekejap je...Kat KFC. Terima kasih pada kawan2 yang amik gambar saya hari tu pasal saya dah lama tak ambik gambar bercuti. Semua gambar yang diambiknya gambar2 cinema...hmmm

Hari ni juga berlaku persembahan teater Meriam di UiTM Bandaraya Melaka. Semua, teater ni merupakan salah satu teater yang tak pernah saya terlepas untuk bersama...Bermula dengan satu monolog kemudian menjadi satu muzikal berskala kecil dan kemudiannya besar dan kemudiannya menjelajah ke Melaka...Dah empat siri...hahaha...dan salah satu mimpi saya yang menjadi nyata...Err...yang seterusnya nak buat kat mana?

Kepada kawan2 yang hari2 dengar teori teater saya tu saya mintak maaf tau...Yang penting korang seronok kan? Seminggu mendengar teori yang saya keluarkan...yang hari2 saya sebut...hahaha yang hampir tiap masa saya sebut...dan saya yakin teori tu melekat dalam kepala korang...Hehehe...siapa tak tau lagi boleh tanya saya yer apa teori dia...Saya akan kongsi dan akan kawan2 ingat sampai bila2...

.............

Hmmm...Berfikir sambil ketuk2 pensel...hmmm....berfikir sambil ketuk2 pensel....

haaaa!!! (baru dapat idea)

Takkan tak de yang sedih...Ada gak la sedih pasal...saya tak sambut kat rumah saya...sambut kat tempat orang....Macam mengarut panjang je nih...Dahlah...X best kalau cakap isu ni sebab saya nak pergi tengok show ni...takut terlepas bas...

No comments: