Saya kipas susah mati drama ni...saja je letak
Hari Bapa....
Semua, inilah setelah setelah sekian lama saya asyik menulis pasal review atau apa2lah berkaitan dengan ilmu yang baru saya pelajari atau...berapa banyak atau ni? Ini saya tulis pasal hari bapa...
Bercakap pasal bapa...kita biasanya akan teringat akan muka,kerja-kerjanya,perangainya, gurauannya, nasihatnya....Bapa ialah seorang pemimpin dalam keluarga...dia akan menentukan hala tuju satu-satu keluarga itu. Sama ada keluarga itu akan bergerak ke hadapan dengan berjaya atau akan berlaku kesilapan dalam mendidik sehinggalah keluarga porak beranda.
Mereka jugalah yang akan mencari sumber pendapatan dalam keluarga. Tak kiralah apapun kerja yang dilakukan oleh seorang bapa itu. Yang penting dia punyai satu tugas besar iaitu mencari sumber pendapatan untuk digantikan kepada makanan,kewangan, rumah, kenderaan, baju dan macam-macam lagi. Mereka mempunyai tugas seberat ini dan dibantu oleh seorang pembantu bernama ibu dan seterusnya kepada si sulung (abang sulung atau kakak sulung).
Ayah saya seorang lelaki yang sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang baik kepada keluarga. Dia juga sentiasa mempunyai jalan penyelesaian untuk pelbagai masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Tidak kiralah sama ada masalah itu besar atau tidak. Semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Ayah saya akan selalunya meminta saya untuk bersamanya ke hutan untuk mencari kayu api untuk ibu masak. Bawak motor dan kereta tarik ke dalam hutan, kapak, guni...Sampai kat sana mulalah kami mencari kayu-kayu yang sesuai untuk digunakan sebagai kayu api....(sampai sekarang saya tak pass carik kayu yang sesuai...huh). Tapi tak apalah...Saya suka pergi masuk hutan.
Pengalaman mencarik kayu api ni selalu saya fikirkan macam nilah bapa saya dulu...keluarga bapa saya besar. Adik beradik banyak dan zaman dulu, semua faham2lah. Bukannya senang nak dapat kerja. Datuk saya, nenek saya mencari rezeki beginilah. Mencari sumber-sumber alam yang ada. Mesti zaman tu sangat susah.
Ayah saya selalu cakap dengan anak-anaknya kalau kami tak habis makan atau merungut makanan tak sedap...kata ayah"saya dulu makanan paling sedap tau apa? telur masin. Itupun kena tunggu demam baru dapat makan... Kalau tak makan je apa yang ada. Sekarang ni, senang saja nak dapat makanan yang sedap2...berkhasiat...".
Bila saya teringat perkara ini,saya menjadi seorang yang tak suka merungut pasal makanan yang disediakan oleh ayah ibu saya. Makanlah apa yang ada. Lagipun jarang makan makanan yang disediakan dengan air tangan ibu. Ayah saya berjaya mendidik saya untuk tidak bersyukur ketika makan di rumah...Tapi perangai komplen makan ni saya x dapat buang kalau saya makan kat kedai makan luar. Ada je nak kompen...Pedaslah...masinlah...hahahha...
Kalau saya ada masalah, saya akan jumpa ayah saya berbincang...Biasanya perkara melibatkan dilemma. Maksud saya, keliru. Nak pilih A atau B. Dan biasanya ayah saya akan memberikan satu penyelesaian yang terbaik. Dia akan menerangkan tentang apa yang akan terjadi sekiranya saya memilih A atau B. Ini memudahkan saya untuk membuat keputusan. Terbaik untuk saya.
Yang pasti, banyak pengalaman menarik bersama ayah saya. Dan macam-macam topiklah yang kami pernah bincang. Ayah saya akan bercakap cara pendidik dan saya bercakap cara pelajar. Yang penting, ayah saya selalu menyatakan bahawa jangan gelojoh dalam buat keputusan. Takut menyesal tak sudah... Keputusan biar buat sendiri...dia cuma akan memimpin dan memberi penjelasan tentang pilihan yang mungkin saya pilih...
Ok, ayah...Selamat menyambut hari bapa...Terima kasih sebab mendidik saya selama ini....
*kalau kat arab sana nama saya selalu disebut dalam waktu ni (sebab walid=ayah)
No comments:
Post a Comment