Pada 11/6/2011....
Saya telah pergi menonton satu persembahan teater iaitu Bangsawan Alang Buana...
Teater ini merupakan satu teater bangsawan yang dipentaskan di Panggung Bandaraya dan kepada mereka yang minat bangsawan...ini merupakan satu persembahan yang menarik untuk ditonton...dan satu lagi, Panggung Bandaraya memang selalu menyajikan bangsawan kepada penonton.
Kawan-kawan semua, bangsawan merupakan satu teater yang telah dibawa oleh kumpulan bangsawan dari India yang menggelaran kumpulan mereka sebagai Wayang Parsi dan persembahan teater ini bermula dari Pulau Pinang. Seterusnya persembahan ini mula mendapat sambutan dan merebak ke negeri-negeri lain dalam negara. Terdapat banyak kumpulan mula tertubuh sejak itu dan kumpulan-kumpulan ini membawa semangat bangsawan dalam diri masyarakat Malaysia.
Ceritanya?
Bangsawan Alang Buana mengisahkan perebutan harta yang berlaku dalam keluarga Orang Kaya Awalludin iaitu Samsinar, Kidam dan Alang Buana. Pertengkaran berlaku apabila peti harta itu telah hilang dan menyebabkan wakil raja mula campur tangan dalam pergaduhan mereka. Wakil Raja telah menyediakan mereka sebatang kayu setiap seorang untuk menyelesaikan masalah siapakah yang telah mencuri peti itu dan Wakil Raja telah menyatakan sekiranya kayu yang dipegang itu panjang sejengkal setelah satu tempoh maka dialah pencuri harta itu.
Alang Buana telah memotong sejengkal kayunya kerana dia menyangka kayunya akan panjang sekiranya dibawa kepada wakil raja. Pada waktu pengadilan, ketiga-tiga adik beradik ini telah menyerahkan kayu masing-masing dan diketahui peti itu telah diambil oleh Alang Buana. Mereka masih tidak berpuas hati kerana masing-masing masih mahukan harta itu. Maka, Wakil Raja telah menyerahkan setiap seorang sebilah anak panah dan meletakkan selengkap pakaian arwah ayah mereka di satu tempat di Pekan Sari untuk setiap mereka untuk diuji siapa yang tepat memanah hati bapa mereka. Mereka semua gagal memanah tepat ke hati arwah ayah mereka.
Namun begitu,akibat dari sikap tamak Alang Buana telah bertindak untuk menikam pakaian arwah ayahnya dan menyatakan bahawa harta itu miliknya. Ketika ini Alang Buana menjadi batu.
Macam Mana Walid?
Persembahan yang ditonton oleh saya pada malam itu ialah satu persembahan yang baik. Jalan ceritanya mudah difahami dan bergerak dalam tempo yang selesa. Walaupun ada ketika pelakon melakukan kesilapan tapi itu cumalah tersasul. Jadi tidak mengganggu sangat persembahan. Format persembahan bangsawan telah disusun dan diikuti dengan rapi oleh pengarah persembahan dan perkara ini telah menyebabkan saya tidak merasa janggal untuk melihat persembahan ini.
Pengalaman pengarah telah menjadikan persembahan ini kelihatan matang. Mazlan Tahir ternyata telah menghasilkan satu karya pengarahan yang menarik untuk disaksikan. Teater ini tidak kelihatan bosan dan saya dapat melihat beberapa unsur-unsur menarik dalam pengarahan seperti blocking yang baik, tempo cerita yang kena pada pembawaan cerita dan juga pembinaan karektor yang menjadi. Disebabkan perkara inilah saya tidak menguap atau melelapkan mata sepanjang persembahan.
Lakonan yang dipamerkan oleh pelakon-pelakon persembahan juga tidak mengecewakan. Mereka telah membawa watak mereka dengan baik. Semua karektor yang ditonjolkan dalam cerita ini menjadi. Mereka juga kelihatan boleh mengawal situasi walaupun kadang-kadang berlaku kesilapan dialog (tersasul). Tak mengapa sebab perkara itu boleh terjadi dalam persembahan langsung seperti teater.
Dalam persembahan ini saya suka untuk mengatakan bahawa saya amat meminati "tarik nasib" yang dibawa oleh pelakon. "Tarik Nasib" merupakan satu elemen dalam teater bangsawan iaitu satu lagu yang dinyanyikan oleh pelakon. Lagunya berentak sedih mendayu-dayu sampai menangis bertujuan untuk menarik nasib baik dan dinyanyikan oleh pelakon wanita secara mendayu dayu(meminta simpati, merintih kepada sesuatu atau apa-apalah berkaitan dengan lagu kesedihan). Pada saya, "tarik nasib" yang dibawa oleh mereka selari dengan mood dan situasi (Hahaha...dalam bangsawan saya suka bahagian ni). Maksud saya tidak terlalu dibuat-buat atau terlalu tidak dibuat-buat (terkawallah...senang cakap).
Saya juga suka untuk mengatakan bahawa saya meminati adegan pertukaran Alang Buana kepada batu. Ketika ini babak Alang Buana cuba untuk menikam baju ayahnya dan berlaku kekecohan dan dalam kekecohan ini perubahan watak Alang Buana sebenar kepada Alang Buana yang disumpah menjadi batu terjadi. Unsur kekecohan yang menjadi dengan bantuan pencahayaan telah menyebabkan perubahan posisi watak sebenar dengan watak yang menjadi batu tidak dapat kita perasan sangat.
Selain itu, saya juga suka untuk melihat adegan di mana datangnya bayangan karektor arwah ayah Alang Buana. Mood yang ditonjolkan dalam membawa elemen sinografi yang baik ketika adegan ini telah menjadikan saya melihat adegan wujudnya bayangan arwah ayah Alang Buana menarik. Akibat daripada bayangan ini, Samsinar tidak menjadi untuk memanah pakaian arwah ayahnya.
Extra turn merupakan satu elemen wajib dalam persembahan bangsawan. Bertujuan untuk memberi hiburan kepada penonton selepas setiap babak habis dan untuk produksi pula untuk mengubah set dan juga latar tirai...dalam erti kata lain, extra turn ni kalau dalam tv tu kita kata sebagai iklan.
Terdapat kebanyakannya persembahan nyanyian...lagu-lagu seperti "sepanjang perjalanan", "Kalau Berpacaran" dan tarian klasik india merupakan pengisian dalam extra turn. Tapi semua, saya paling suka apabila Dato' M.Nasir menyanyi. Dia nyanyi dua lagu "Raikan Cinta" dan "Kepadamu Kekasih". (Hahahah...seronok sebab saya cuma bayar RM5 untuk tengok teater tapi disajikan dengan persembahan istimewa dari sifu)..Sempoi dan hebat...
Rekaan set ini yang disajikan kepada kami pada pandangan saya ialah rekaan yang baik juga. Dengan bantuan tirai latar belakang telah menjadikan set ini lebih menarik. Setnya juga disusun dengan baik dan tidak teralu mengganggu persembahan. Semua set menunjukkan keadaan sebenar sesuatu tempat dengan lukisan pada set yang pada saya menjadi. Warna yang dipilih juga baik dan tidak terlalu memantulkan cahaya. Hal ini menyebabkan set ini selamat untuk diwarnakan dengan lighting.
*Yang pasti malam ni saya rasa seronok melihat teater...pertama sebab teater ini dibuat dengan betul-betul dan kedua sebab M.Nasir menyanyi....Hahahah
No comments:
Post a Comment