Dalam tempoh sebulan ini saya telah mendapat satu mimpi yang berepisod. Setakat ni adalah dalam empat episod...
Episod 1:
Pada hari ini saya telah ditemuramah dan dalam temuramah ini saya diberikan banyak soalan. Saya tak ingat berapa...Soalan lisan yang dia tanya saya langsung x jawab sampai abis mimpi...apa saya buat? senyum sambil fikirkan jawapan terbaik untuk soalan tu....(mesti markah saya untuk lisan ni tak berapa bagus sebab senyum je)
Soalan bertulis? Adalah dalam 3 mukasurat...jenuh gak nak jawab...ada soalan objektif dan subjektif...macam jawab exam fakulti lak rasanya...tapi saya sorang-sorang waktu tu...dan saya langsung x tahu motif saya ambik ujian tu dan objektif saya pergi interview...ah pening
Episod 2:
Ketika ni saya tengah duduk dengan seorang kawan. Dia ni penggiat teater kat Malaysia.Saya pun x tahu kenapa saya boleh bercakap dengan dia. Yang pasti, hari tu saya cakap kat dia "saya nak mengarah satu teater"...pastu kawan ni cakaplah semua benda yang dia tahu dari A sampailah Z....tapi bukan zzzzzz dan saya ceritalah idea saya dari A sampai Z
tup2 tiba2 dia tanya saya satu soalan..."Aku selalu tengok kawan kau sorang ni (sambil melihat meja sebelah). Sapa nama dia?"....sekali lagi saya tidak menjawab soalan lisan yang diberikan...saya cuma tersenyum dan mengalih perbualan kami kepada topik asal kami..."Macam mana? Ok tak idea yang saya cakap tadi..."Ok, nampak menarik...bila kita nak buat?"
Pastu kawan yang duduk kat meja sebelah tadi beredar...dan pada ketika itu, saya panggil dia...sebut nama dia...dan dia menoleh dan tersenyum...oh tidak...saya dah jadi Jack Sparrow kali ni.....oh tidak sekali lagi....
Episod 3:
Episod kali ni agak tak menarik sebab banyak dah saya lupa... Yang saya ingat saya sedang berjalan dan pada kali ni,saya tengah bergaduh ngan sorang kawan...Sampai x nak tegur...Pasal apa? Saya pun x tahu pasal apa boleh gaduh...tiba2 je mimpi ni terus kepada scene pergaduhan tu. Pergaduhan kami telah menyebabkan kami tidak mahu berjumpa antara satu sama lain. Ending dia? kami masih tetap bergaduh
Episod 4:
Kami berjumpa semula. Sampai kepada episod ini saya masih gagal menjawab soalan yang ditanya oleh dia. Dan kami semakin rapat...Tapi masih soalan dia saya tak dapat jawab!!!
Perkara ini menyebabkan saya merasa bosan dalam mimpi ini. Yalah, setiap kali soalan tu ditanya saya gagal menjawab dengan baik...saya gagal menjawab soalan tu. Tapi serius...hubungan saya dan dia semakin rapat dan dalam hati saya juga risau...sebab saya tidak berminat dengan mimpi ini. Sebab saya seperti seorang yang gagal sebab tidak berjaya menjawab soalan...
Cuma pada kali ini saya dan dia banyak gelak...lebih banyak dari biasa. Dalam kepala otak saya waktu tu saya kata "hahahaha walaupun saya tak tahu apa yang buat dia gelak kuat2 tapi saya yakin benda tu menarik...."
Dan anehnya? saya tak tanya dia pasal apa dia gelak dan sampai ke hari ini saya masih gagal jawab soalan dia....
Ah, rasa malas nak sambung cerita ni. Rasa perlukan pelincir untuk mempercepat perjalanan pemikiran....
Ok...ini cerita dongeng...jangan percaya...cuma luah idea sajer
No comments:
Post a Comment