Post Page Advertisement [Top]

Apa jadi kalau korang tergolong dalam kumpulan mereka yang popular dan diminati ramai?

Baik, cerita dia macam ni...Kalau betullah kamu, korang, anda dalam kumpulan ni...Sila berhati-hati sebab anda akan sangat susah nak hidup.  Tersepit dalam populariti.  Pernah terjadi kepada kawan saya yang mana dia sangat susah untuk hidup dengan bebas sebab dia selalu diperhati.  Tak kesahlah siapa pun.  Yang penting semua benda yang dia buat macam seolah-olah dikawal oleh orang lain.

Susah kan?

Yang paling kesian bila dia ni tak dapat buat apa2 sebab kata-kata tak baik dari kawan sendiri.  Ok.  Kawan dia ni saya bagi istilah "cannibal"  sebab mereka ni makan kawan.  Jauh lebih kejam daripada kes langgar kanak-kanak kat China tu.  Hidup dia ni memang sangat2 dikawal oleh persekitaran.  Sikit je silap yang dia buat akan menyebabkan dia ditembak bertubi-tubi.  Hailah kawan.  Hidup kau memang kesian.

Apa jadi sekarang?

Dia pernah cakap...Kalau betullah hidup dia terus macam ni macam mana dia nak hidup.  Dia tak mintak populariti ni....Saya perlu fikir panjang untuk bagi jawapan takut2 dia bertambah tertekan dan seterusnya akan menyebabkan dia patah semangat.  Lupa nak cakap dia ni cengeng.  Kena marah sikit terus menangis macam budak2.

Tak ada kawan rapat ke?

Dia langsung tak percaya pada sesiapa seratus peratus.  Pada dia semua orang susah nak dipercayai termasuk saya yang mendengar masalah dia.  Pada dia semua kawan dia selalu sangat tikam dia dari belakang...(Ok nampak banyak parut kat belakang tu....adalah lebih dari 12!) Jumlah tu sangat banyak untuk seorang yang cengeng....

Dia pernah cakap... Dia pernah minat kat seseorang dan lepas tu...kawan2 dia yang minat dia (admire kat dia ni) buatlah benda2 yang tak baik kat hubungan mereka berdua sampailah mereka tak bertegur sapa...Pada saya apa yang terjadi pada dia ialah kesan daripada sikap cemburu yang lebih2 kawan dia tu tadi.  Budak ni dah mula susah nak cakap dengan orang yang dia minat tu dan dia mula menyampah dengan member yang porak berandakan hubungan mereka berdua tu tadi....

Apa-apa pun sekarang ni jadi dikenali ramai ni bagus untuk promosi produk dan memudahkan proses public relation tapi kesan dia...budak ni mengalami kemurungan dan dia juga mengalami masalah dalam pelajaran dia....

Ini kisah zaman dulu...dan sekarang dia dah kerja tapi masih mengalami masalah sama iaitu tidak mempunyai privacy yang diidamkan dalam kehidupan dan dia masih berada dalam dunia kemurungan...

Yang boleh saya cakap...sebelum tidur maafkanlah semua orang sebab tak semua kita sempurna...dan kepada budak yang bermasalah ni...jangan jadikan ini masalah yang terlalu berat sampai hati rasa berkarat dan penuh dengan sampah...bersihkan dengan sikap memaafi sebab bila dah banyak sangat kotor, banyak sangat risau...syaitan senang je nak masuk dalam hati dan kata..."kau boleh diracuni dengan cepat"

No comments: