Post Page Advertisement [Top]

Diam itu lebih susah sebenarnya...
Banyak orang apabila mempunyai masalah...tak kesahlah masalah apapun pendekatan yang akan diambil ialah berdiam diri.  Perkara ini boleh meredakan keadaan yang sedang tegang tapi berisiko juga untuk menjadi lebih teruk.  Saya sendiri mengambil pendekatan ini apabila saya mati akal dan apabila saya merasa saya perlu bersuara saya akan bersuara selepas tempoh yang agak lama...Biasanya selepas seminggu.

Cara ni saya buat kalau saya merasa sangat sakit hati dan dengan berdiam diri saya akan ada masa untuk mencari kata-kata yang elok supaya masalah yang telah timbul dapat diselesaikan tanpa sebarang kesilapan. Mmmm.  Ok kalau silap pun kesilapan kecil.

Tapi, macam yang saya kata tadi.  Sebagai seorang yang sensitif, saya merasakan diam itu sangat susah.  Apabila saya melakukan perbuatan ini saya akan mengalami masalah banyak berfikir dan seterusnya akan mengganggu tumpuan saya dalam kerja.  Apa yang boleh saya katakan ialah saya rasa macam membawa satu beban yang berat...err teramat berat sebenarnya.  Cuma mungkin orang akan melihat saya sebagai seorang yang tidak nampak masalah kerana di sekeliling saya ada kawan...mereka yang tolong saya supaya terus bergerak dan mengelakkan saya dari memikirkan masalah yang berat ini.

Baik.  Cerita dia begini, saya jarang diam kalau ada masalah dan akan menyelesaikan dalam masa terdekat jugak.  Tapi kalau saya diam dengan apa yang terjadi maksudnya saya tak nak saya tersilap cakap dan seterusnya akan menyebabkan salah faham dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran yang semakin banyak...

Apa-apapun,  diam itu perlu tapi lebih susah sebenarnya...berbanding berterus terang

No comments: