expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Wednesday, November 23, 2011

Harap Ajaib

Mungkin terlalu mengharap pada satu keajaiban tapi saya yakin perkara itu bukanlah mudah untuk terjadi sebab saya tidak berada dalam dunia Harry Potter yang mana pakai kayu sakti untuk buat banyak benda...Ya, perkara tu sangat mustahi...

Kadang-kadang Tuhan bagi kita peluang merasai keajaiban tu tapi Dia tak bagi tiap masa sebab Dia nak kita usaha supaya kita tidak malas.  Dia nak kita rendah diri supaya kita tak berlagak hidung tinggi nuh sampai ke langit.  Ajaib cuma beberapa kali cuma kalaudah terjadi hah terbaik!  Rasa macam dapat satu kemenangan besar dalam hidup.

Bukan semua yang dirancang...Bukan semua yang diangan-angankan akan kita dapat dengan mudah.  Perlu usaha.  Kadan-kadang usaha dah tapi Dia tak nak bagi sebab banyak sebab...mungkin tak nak kita jadi lebih sedih bila kita dah terlalu gembira.   Itu rahsia Tuhan.  Kita memang tak tahu.

Apa-apapun, kalau berada dalam dunia magic mesti akan jadi lebih susah.  Sebab semua benda jadi mudah dan benda mudah tu sebenarnya sangat susah.

*dalam minggu ni banyak sangat mengeluh....yang mampu dibuat sabar dan berdoa pada_Nya dengan harapan semua masalah akan bertambah ringan

No comments :

Tajaan