expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Thursday, December 1, 2011

Susah nak tidur

Dalam minggu ni penyakit susah nak tidur dah datang balik sebab terlalu banyak kerja.  Bertimbun-timbun, bertingkat-tingkat, berapa-apalah....senang carita sangat banyak.  Cuma saya bernasib baik telah menyelesaikan beberapa kerja yang boleh dikatakan berat dan sekarang menghadapi masalah yang boleh dikatakan berat jugaklah...SUSAH NAK TIDUR AWAL

Masalah ni timbul sekali sekala apabila saya terlalu banyak berfikir.  Banyak fikir pun susah jugak.  Ada jugak orang kata masalah ni timbul kalau kita tak selesaikan masalah.  Ya, memang banyak masalah yang saya tak selesaikan lagi.

Dalam minda asyik fikirkan benda yang sama...orang kata kalau sampai tahap macam ni susahlah...kesihatan tak dijaga...sebab dalam masa tak sampai dua minggu lagi saya perlu menyiapkan diri untuk menghadapi satu pementasan yang besar.  Yang mana dalam pementasan ni saya bertindak sebagai pereka set.  

Ok, ini kali pertama saya mereka set pentas dan saya merasakan pengalaman ini sangat menarik.  Banyak benda yang saya buat dan banyak juga benda yang menjadi persoalan dalam minda.  Dapatkah rekaan ini nanti memberikan kepuasan kepada penonton?  Dapatkan rekaan ini diingati oleh penonton? Dapatkah saya buat semua ni?  Dan selalunya jawapan yang saya bagi...Ah lantaklah.  Kau tengok dulu baru kau kutuk atau kau puji.  Saya tak kesah.  Benda tu bukan satu masalah sebab pada saya waktu belajar inilah saya mencuba banyak benda.  Kalau dah masuk industri nanti tak ada dah istilah mencuba.  Semua fikir duit.

Mmmm....Itu bukan masalah paling besar saya alami....Masalahnya sekarang...tak dapat tidur...sebab entahlah...sama ada salah saya atau apa...yang saya tahu sekarang penyakit ni sangat bahaya dan saya harap akan cepat sembuh dalam masa terdekat supaya saya dapat tenang dan Ya Allah bantulah hamba_Mu ini...Berikan peluang, ketenangan, dan kekuatan padaku...

No comments :

Tajaan