Post Page Advertisement [Top]

Ini bukan tulisan akademik formal jadi cara taipannya lebih kepada santai...

Selepas tamat Honour Stage 3.0....
Ok, Honour Stage ni merupakan projek akhir pelajar teater yang akan menamatkan pelajaran mereka di fakulti yang mengajar seni kat UiTM.  Mereka akan menyediakan satu skrip tak kesahlah skrip sendiri atau skrip yang telah ada nama atau skrip terjemahan atau skrip adaptasi.  Yang penting buat satu team untuk persembahkan skrip yang hendak dijalankan.  

selain itu, saya juga ada melihat banyak persembahan lain yang dipersembahkan oleh penggiat teater amatur dan juga professional.  Antaranya ialah bangsawan kat DBKL, PETA(ini projek akhir pelajar teater di ASWARA), dan juga beberapa persembahan dari MASK Team (Juta2,Satu Plastik Hitam) dan juga beberapa persembahan di Istana Budaya...

Sebelum tamat tahun ini, saya ingin katakan bahawa persembahan yang dijalankan pelajar-pelajar ini boleh dikatakan berusaha keras.  tapi bukan pasal mereka ni saya nak katakan cuma saya tak ada pendahuluan lain jadi saya taip apa saja yang saya suka.  

Satu yang saya boleh simpulkan ialah....Kita rugi apabila banyak penggiat di luar sana bukannya dari ahli akademik dan ini menyebabkan budaya pemikiran lama masih wujud.  Kita masih berada dalam proses mencari satu formula yang berkesan untuk meremajakan teater Malaysia.  

Ramai penggiat muda yang berusaha untuk menonjolkan diri dengan membawa skrip yang ditulis oleh penulis terkenal tetapi dengan garapan yang salah atau dalam bahasa mudah dengan garapan tua...skrip ini masih tidak mempunyai nafas baru dan skrip ini masih berada dalam situasi dia sendiri dan seterusnya akan menyebabkan peminat-peminat baru tiada....sebab?  Penggiat teater baru tidak berusaha memancing peminat baru....

Ini masih saya lihat dalam dunia pelajar-pelajar teater sekarang.  Sangat kasihan apabila mereka diberi makan ilmu teater dan memnuntahkan semula apa yang dipelajari.  Dan tak kurang juga yang tidur selepas makan (Saya tak terlalu berani untuk mengkritik secara terus.  jadi saya buat analogi).  Pada saya itu salah mereka apabila mereka tidak berusaha mengubah tetapi mengikut, meniru dan keluar dengan identiti sendiri dan juga idea2 baru.


Masih banyak penggiat teater muda yakin dengan membawa falsafah melankolik dan dibawa sedikit dengan elemen satira mereka akan berjaya membawa skrip ini dengan baik.  Tapi apa yang terjadi ialah sebaliknya. Masih ada antara mereka terikut-ikut dengan teater2 amatur yang mana kurang pendedahan terhadap idea2 baru dalam menghasilkan teater. Bukan nak kata semua...tapi ada jugak yang terdedah dengan idea baru tapi jumlahnya sangat sedikit.


Tak kurang juga yang masih tidak berani mencuba.  Takut2 kalau orang kutuk.  Ah, kalau takut kena kutuk tak payah buat.  Duduk je kat dalam kuliah sambil menghafal nota2 syarahan.  Itu kan lebih mudah dan seterusnya kita akan menghasilkan seorang professor yang tak tahu apa2, tak ada pengalaman, tapi sangat terer bercakap teori....

Langgar boleh tapi jangan banyak sangat sampai orang naik menyampah.  Cerita dia macam ni...Kalau kadang2 melanggar lampu isyarat rasanya seronok jugak tapi kalau selalu sangat oh itu dah melampau...dan kalau tak langgar langsung? Hidup akan jadi bosan sebab semua undang2 kena ikut.

Sekarang ni saya masih merasakan bahawa generasi yang sepatutnya tidak berada di tempat yang betul apabila dalam dunia sebenar mereka masih mengikut dan tidak memimpin...Apa2pun silapnya masih pada pemimpin satu-satu institusi....Ada yang masih mengamalkan sistem kuno, ada yang menghalang setiap inci idea yang dilontarkan ileh penggiat2 muda dan tak kurang jugak yang sangat mementingkan kewangan!

Macam mana nak kata kalau kita masih berada di takuk yang lama?  Yang terselamat hanya beberapa orang dan mereka ini yang berusaha untuk membawa idealogi baru dan mereka ni yang membawa satu bentuk remaja kepada teater Malaysia yang dikatakan tua ideanya...sebab kita nak pancing penonton baru...ingat tu

*Kalau ada pun yang terselamat dari kesalahan ini jumlahnya sangat sedikit dan akan ada orang yang cuba untuk merasa hebat dengan berdampingan dengan mereka yang berjaya ni walaupun hakikatnya mereka tak belajar apa2 berbanding klik sebenar member yang terselamat ni tadi...HAHAHAH

No comments: