Post Page Advertisement [Top]


Hidup akan jadi lebih mudah kalau kita yakin dengan apa yang kita buat, kita optimis yang kita akan berjaya menghadapi semua cabaran kat depan dan kita bersedia...dari semua aspek untuk setiap persoalan yang timbul.

Fuh...Kalau ada orang macam ni saya nak kawan dengan dia dan kalau dia perempuan saya nak kawin dengan dia...hahahah...Semua aspek ini amat penting dalam menghadapi kejayaan.  Kalau hidup susah macam mana pun semua akan jadi semudah semudah mengunyah gula-gula kapas.  masuk mulut terus terasa manis.  Tapi ada masalah dia jugak kalau banyak sangat boleh dapat penyakit...Ya, kandungan gula yang tinggi boleh membawa penyakit yang kita tak nak dalam seumur hidup kita...
Orang terus bertanya kepada saya...Apakah cabaran yang paling sukar dalam hidup?

Jawapan saya mudah...BERUBAH...
Banyak orang tidak mahu atau kurang berminat pada perubahan sebab perubahan boleh membawa kepada macam-macam risiko.  Antaranya diketawakan...

Pada saya lantaklah kau nak ketawa, atau kau nak kutuk.  Ini hidup saya dan saya perlu perubahan supaya saya tidak selama-lamanya berada dalam dunia serata.  Dengan perubahan kita boleh merasa betapa hebatnya perubahan...MAcam nilah...Bosan kalau selalu pakai baju warna hitam setiap hari pulak tu..setiap masa pulak tu.  Cuba sekali sekali warna lain macam hijau, merah, biru, kuning....Hah mesti banyak yang terkejut dan mungkin akan gelak...


 Tapi jangan risau...belum ada lagi rekod dunia manusia boleh gelak selama dua hari atas perkara yang sama...jadi untuk berjaya...jadilah orang baru dan sentiasa bersedia...

No comments: