Post Page Advertisement [Top]




Ni kisah pasal seorang budak muda yang hanya tahu sikit saja ilmu dan praktikal langsung tak ada...
Budak ni bercita-cita tinggi bila dia kata nak menjadi pengarah syarikat makanan ringan...
Walaupun skalanya kecik tapi impian budak ni ialah satu perkara yang sangat pelik bagi kawan-kawannya...

Ada yang suka ada yang tak suka...

Yang pasti budak ni sekarang sedang berperang dengan banyak benda...Banyak idea dalam kepala budak ni kena keluarkan dengan maksimum... Tanpa pengalaman  budak ni terus saja dengan idea dia dan dibantu oleh rakan-rakannya yang tak banyak...

Jumlah mereka sangat sedikit sama seperti apabila Steve Jobs membuka Apple dahulu...Sangat sedikit dan sangat kasihan...Tapi budak ni yakin makanan ringan yang dijual oleh budak ni akan dimamah oleh kanak-kanak seluruh dunia suatu hari nanti dan juga golongan yang lebih berusia diyakini akan menjamah jugak makanan ringan syarikat budak ini.





Dalam tempoh dua tahun budak ni mula memasarkan produk syarikat dia dan meyakinkan pelabur bahawa makanan ringan keluaran syarikat dia setanding dengan makanan ringan yang dijual di pasaran...Pada dia makanan ringan dia lebih baik berbanding Keropok Moni.  

Pengalaman yang ada pada budak ni hanyalah membungkus keropok sewaktu dia bekerja dengan mak dia dan menjual keropok ni kat orang kampung.   Cuma tu je pengalaman dia dalam menjayakan syarikat dia.  Sangat sedikit tapi cita-cita tinggi....

Makanan ringan yang dicipta dan dikeluarkan oleh syarikat budak ni mempunyai macam-macam perisa dlam satu keropok.  Rasa dia sangat pelik dan ini mungkin penyebab banyak orang muda mula merasa berminat dan ada juga yang mula menjauhkan diri takut-takut sakit perut walaupun mereka belum makan lagi makanan ringan tu.  Cuma dengar cakap-cakap orang je.


Budak tu sekarang masih duduk melangok sebab masih tak dapat selesaikan masalah IC dia yng sepatutnya dia dapat semalam.  IC dia tak dapat sebab pihak apa entah yang kerja bahagian IC ni kata dia masih belum ada maklumat data yang cukup pasal diri dia.  Serta merta budak ni marah kat pekerja kat dalam pejabat tu dan suruh pekerja tu bukak profile dia dalam Facebook sebab kat situ cukup data pasal diri dia termasuk status dia sekarang...


Dalam pejabat tu ada seorang awek gatal.  Gatal sebab kat badan dia ni banyak kudis.  Dia cuba meyakinkan budak ni yang dia masih tak layak dapat IC sebab maklumat tak cukup.  Budak ni iman dia sangat kuat dan memberikan awek gatal tu losyen badan yang boleh menghilangkan kurap.  Dia juga ada memberikan baking powder kepada awek tu sebagai ubat tambahan kalau ubata yang dia bagi dulu tak berkesan.

Awek tu mula sakit hati.  Muka dia yang dipenuhi jerawat dan diharungi lalat itu mula berubah menjadi muka kodok.  Dia mula meludah budak tu.  Budak tu mula muntah banyak-banyak sampai peluh-peluh sebab kena ludah yang tak ada kualiti dari awek tu tadi.

Datang seorang pakcik yang sangat baik hati.  Dia kata kat budak tu supaya datang lagi esok sebab sekarang ni komputer tengah down.  Oh....

Entahlah... Sepatutnya hari ni dah siap tapi bila budak ni pergi ke pejabat tu sekali lagi...sekali lagi dia kena ludah!  Dan datang lagi pakcik yang baik hati tu tadi tapi kali ni dia bagi kat budak tu IC dan cakap perlu ubah sikit penampilan.  Kalau tak IC makin lambat nak siap...

Sebab budak tu tak pakai kemeja kemas...pakai round neck dan rambut ala2 Hafiz AF...dan dia masih yakin dia tu superboy...dan mampu menandingi Adiputra...muda2 dah jadik lecturer dan usahawan



Dan bermulalah episod budak ni pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendaftarkan syarikat dia dan mula memasarkan produk makanan ringan dia kepada dunia....mungkin boleh berjaya dua tahun lagi?

No comments: