expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Monday, February 6, 2012

Minggu Pertama

Minggu pertama dalam membentuk satu pasukan yang akan berjuang dalam satu pertandingan yang menghimpun kumpulan kreatif...

Peristiwa ni berlaku kat UM...
Seronok jugak bila budak-budak UM ni buat teater.  Mereka ni team yang bukan ambik kursus seni lakon atau apa-apa kursus yang berkaitan dengan teater ataupun seni persembahan. Ada budak law, ada budak engineering, ada budak apa-apalah...Tak kesahla yang penting bukan budak seni persembahan.  Mereka semua ni dengan rendah diri menyatakan kepada saya yang mereka memang kosong dan memang nampak bersungguh-sungguh dalam bekerja. 

Saya tak tahu apa yang mereka fikir tapi saya tahu satu benda.  Saya yakin satu benda.  Saya seronok!  Satu sebab saya akan menonton semula pementasan Berani Mati oleh Fasyali.  Dah bertahun tak tengok teater ni dan bila berpeluang melihat sekali lagi pada saya tak rugi sebab Berani Mati merupakan satu teks teater yang mempunyai nilai tersendiri.  DIbawa dengan elemen yang agak militari dan disusun oleh watak yang kelihatan bulat.

Kumpulan ni nampak komited.  Mereka banyak bertanya.  Mereka juga sedia memberi cadangan idea yang menarik.  Hah.  Puas.  Yang paling menarik bila banyak kerja berjalan dengan cepat.  Mereka memang superb dan kadang-kadang saya malu dengan team yang belajar teater secara formal. Fenin gak...apa yang saya cakap ni?

Apa-apapun minggu depan dah masuk minggu kedua.  Team ni akan menjadi kumpulan terakhir dalam susunan kumpulan yang bertanding dalam festival teater ni.  Mengharap dapat melihat satu benda yang lebih jelas dan lebih menarik dari minggu ni dan jugak berjaya memikat penonton...

Juri?
Kalau ada rezeki mana tahu sapu habis...Tapi pada saya yang paling penting penonton terhibur...Termasuk saya sebab saya mengharap sesuatu dari pementasan kali ketiga ni...

ni poster waktu show kat DBP


*Sampai hari ni saya cuma ingat nama SM dia je...Nama pelakon dan team management...team kreatif yang lain masih saya tak tahu!!!  ARGH!!!  

No comments :

Tajaan