Post Page Advertisement [Top]

Masih bercakap pasal benda yang susah nak buat...

Ada orang kata kalau susah kenapa nak buat?

Ada orang kata kalau susah cuba jelah...mana tau dapat penglaman?

Ok...kalau dapat buat tak apa...Kalau tak dapat buat?

Saya selalu cabar diri saya untuk meletakkan satu deadline pada satu-satu kerja. Tak kesahlah kerja tu kerja mudah atau kerja senang dan biasanya saya akan mendapat satu tugasan yang susah dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat.  

Bila buat tu kepala rasa nak pecah. Tapi bila dah selesai memang terbaik. Karya agung hah! Tu jawapan yang paling tepat untuk jawapan bila saya tengok balik hasil kerja saya.  

Dalamtahun 2011 sampai Januari 2012 saya cuba untuk menyiapkan satu naskhah teater yang menarik.  Dalam minda saya selalu cakap...Karya ni mestilah menarik. Tak terlalu melankolik...Tak terlalu sakartik...Yang penting senang dikunyah....

kali ni saya disoal oleh seorang member:

Member A:  Kenapa tak nak buat susah-susah?  Biar penonton fikir dalam-dalam.  Kasi ajar penonton...
Saya:  Banyak sangat nanti kepala saya pening nak mudahkan.  
Member A: (masih berdegil)  barulah penonton teater kat Malaysia ni jadi penonton yang berfikir.  Jangan manjakan sangat!
Saya:  Kau tahu cakap kantonis tak?
Member A:  Tak tahu.
Saya:  Kalau saya buat teater susah-susah ni kau nak tengok tak?
Member A: mestilah.Baru mencabar minda?
Saya:  Orang lain?
Member A:  Pedulik apa? Kalau tak nak tengok tak payah tengok.
Saya:  Tapi saya nak berkongsi idea dan pendapat dengan orang ramai.  makin banyak makin bagus.
Member A:  Cakap je kau nak untung.  Bukannya serius nak buat teater.
Saya:  Saya ta nak ambik risiko.
Member A:  Cakap je kau penakut...(menganjing dengan menyanyikan lagu penakut Yuna)
Saya:  Saya perlukan padangan orang ramai.  Saya rasa kau yang penakut.
Member A:  Pasal apa?
Saya:  Tak berani terima pandangan orang.
Member A:  Apa pulak?
Saya:  Bila kau kumpul team kau.  Ok,  saya bagi nama team ni "penonton teater bijak yang memerlukan kita fikir sangat mendalam"...kau cuma mengumpul team kau jer.  Kau tak nak terima team lain masuk team kau.
Member A:  Kau cakap pening.
Saya:  mmmm...macam nilah.  Tanpa komen atau kritikan kau tak akan berjaya.
Member A:  Orang yang kritik tu sampah!
Saya:  Orang yang kritiktu akan tolong kita.
Member A:  Kau ni dah post modern sangat ni.
Saya:  Tapi saya tak kata idea lama tak boleh pakai.
Member A:  Dah.  Malas nak cakap dengan kau!


Ok...tu soalan...Ada jugak member yang mengata
B: Idea kau klise! Serabut!  Aku tak paham apa yang kau nak sampaikan.  Tak logik!
Saya:  Tak logiklah best.
B:  Mana boleh buat teater macam ni!  Kalau aku,akutak nak mengarah teater ni.
Saya:  Cakaplah apa yang kurang dalam tu.  Jangan kutuk kosong.
B:  Aku tahu kalau kau pentaskan jugak mesti tak berjaya.  Skrip kau ni tak best langsung.
Saya: Part mana tak best.
B:  Alah macam aku cakap tadi.  Tak ada mesej.  Kosong.  Plot dia tak menarik.  Banyak sangat benda tak logik kau masukkan.  
Saya:  Scene mana?
B:  Semua scene!
Saya:  Kalau saya berjaya bawak skrip ni?
B:  Kau tak akan berjaya.  Skrip kau tak ada kualiti macam skrip-skrip lama yang aku belajar kat tempat aku belajar.
Saya:  Ok.  Saya akan buktikan yang awak tu salah.



Tak tahulah.  Yang pasti sekarang tengah bermati-matian untuk menjayakan teks ni...LARI

No comments: