Post Page Advertisement [Top]

Ini cerita rekaan...tiada kaitan antara hidup dan mati


Dalam kehidupan seharian, Mamat sememangnya seorang mamat selekeh yang tak tahu langsung pasal dunia fesyen.  Dia langsung tak pernah tengok rancangan Project Runaway.  Dia juga tak kenal apa itu Gucci, Prada dan geng2 tulah.  Gaya dia tak ubah macam seorang yang sangat-sangat low profile dan tak pikir langsung pasal penampilan.  Boleh dikatakan dia memang tak ubah macam seniman jalanan.  Macam orang tak ada masa depan kalau tengok dari luar.

Ada seorang perempuan suka kat dia ni.  Perempuan timur tengah yang suka bercelak.  Kerja kat sebuah tadika.  Tutup seluruh badan dengan kain yang besar dan cuma menampakkan bahagian yang tidak dianggap aurat.  Minah ni terer mengaji siap dengan tajwid yang betul,  ingat semua ayat dalam Al Quran,  solat cukup lima waktu, dan paling penting lengkap sebagai seorang Islam sebab pernah menunaikan haji sebanyak 2 kali.

Lupa nak cakap.  Mamat selalu pergi ke tadika tu sebab dia kena hantar adik dia yang berumur 4 tahun sebab mak bapak Mamat nak anak dia ni cepat pandai.

Ok kembali pada cerita asal.  Mamat tak layan dia sebab pada Mamat dia tak suka gadis tu.  Dia langsung tak ada perasaan suka kat awek tu.  Mereka terlalu jauh.  Jauh kalau dibandingkan dengan sifat luaran mahupun dalaman.  Ya perempuan tu seorang hajah dan sama level dengan ustazah dan dia seorang mamat remaja jalanan yang dalam hidup tak tahu dan tak pernah fikir pasal masa depan.

Selain itu,  Mamat tak suka akan beberapa sikap gadis tu.  Perempuan itu suka kongkong hidup dia macam seolah-olah mereka ni dah kawin!  Pada Mamat itu satu kesilapan besar sebab kalau setakat kawan (tak sampai tahap bertunang mahupun tahap kawan rapat) tak payahlah nak buat macam tu.  Semua benda tak boleh.  Ambik gambar upload dalam facebook tak boleh! Haram katanya. Keluar lewat malam tak boleh.  Bawak maksiat.  Cakap kasar tak boleh...Pokoknya semua benda tak boleh.  Tapi Mamat tak pernah peduli dan bila perempuan ni menangis Mamat langsung tak pedulikan dia.  Kesannya semua orang akan melihat mereka berdua.  Bijak!  Mamat akan kelihatan seperti lelaki yang telah mendera perasaan seorang perempuan padahal perasaan dia pun didera.  

Perempuan ni jugak perasan.  Sangat perasan.  Bila jumpa dengan kawan dia akan cakap Mamat sebagai kekasih dia padahal Mamat tak pernah mengaku pun dia sebagai pakwe perempuan tu.  Bila Mamat menafikan sekali lagi perempuan tu merajuk dan pada ketika ni Mamat langsung tak peduli dia jugak.  Sekali lagi perempuan tu bijak.  Member dia semua fikir Mamat dah clashed dengan perempuan tu atau ada masalah dalam "hubungan cinta" mereka.  Mamat sekali lagi didera.  Tapi Mamat tetap tak pujuk perempuan tu sebab dia merasakan perempuan tu sebagai terlalu manja.

Satu hari mereka berjumpa lagi.  Perempuan tu sekali lagi bersikap seolah-olah Mamat menerima cinta dia.  Mamat masih tetap dengan pendirian dia. Pada Mamat kalau ditakdirkan dalam dunia cuma perempuan tu je yang tinggal untuk menyambung zuriat manusia dia sanggup bunuh diri minum racun tikus.  Pada dia perempuan tu gatal. Penuh kurap kat badan.  Kemaruk sangat dengan kemaluan Mamat.  Seolah-olah tak ada lelaki yang warak untuk perempuan itu kat dunia ni.  Kenapalah asyik kejar Mamat?



*********************************************************************************

Satu hari Mamat berpeluang untuk tidak berjumpa dengan perempuan itu untuk tempoh yang sangat lama.  sebab Mamat kena pergi kerja kat sebuah sekolah kat Singapura. Dia diminta untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar kat sana. Mengajar seni kraft.  Dia terima tawaran tu sebab dia memang nak duit dan bosan dengar mak dia membebel sebab Mamat masih tak nak bekerja. Dengan adanya bakat dan bantuan seorang kenalan, Mamat telah mengajar kat sebuah akademi seni.  Gaji bayar secara bulanan.  Kontrakselama 3 bulan. Tempat tinggal tidak disediakan.  Ini menyebabkan Mamat terpaksa menyewa di sebuah kondo yang mahal giler.  

Mamat menyewa dengan seorang penyewa Melayu yang baik.  Mereka ni bekeluarga tapi menyewakan bilik kepada Mamat.  Mamat rasa sangat gembira sebab ada jugaklah bilik untuk disewa.  Kawan yang bagi dia job tadi tak nak disewa sebab alasannya takut Mamat kena tangkap kering sebab kawan dia tu buat perniagaan jual perempuan.  Jadi  Mamat carilah kat dalam internet dan jumpa dengan penyewa Melayu ni.

Penyewa ni nama dia Abu.  Dia ada seorang isteri yang bernama Aminah dan ada seorang anak yang bernama Lisa. Anak lain?  Tak ada. Lisa seorang je.  

Lisa ni seorang budak perempuan yang berumur 15 tahun. Sangat muda. Dia seorang budak yang pandai dan mempunyai paras rupa yang baik.  Tidak bertudung.  Tapi takdalah sampai tahap seksi macam orang putih.  Just standard seorang perempuan yang tidak menjaga aurat rambut.  Standardlah.  

Mamat suka kat awek ni.  Pada dia awek ni sangat cantik jadi dia sentiasa berusaha untuk bercakap dengan awek tu.  Mamat bukanlah seorang yang pemalu.  Dia memang seorang yang sangat berani.  Gentleman.  Tapi untuk bulan pertama awek tu ternyata susah nak bercakap dengan Mamat sebab pada dia Mamat seorang yang pelik dan selekeh.  Dan paling dia tak suka...Mamat suka gelak over!

Tapi, bila dah lama kenal mereka berdua mula rapat dan baik.  Mak bapak Lisa pun tak kisah pasal benda tu.  Mereka tahu Mamat cuma kawan Lisa.  Mana mungkin Mamat buat benda tak baik kat Lisa.  Betul tak?

Dalam tempoh tiga bulan tu mereka mula semakin serasi. Mereka mula semakin rapat dan perhubungan mereka tanpa disedari telah mencapai tahap yang lebih jauh.  Maksud saya ada perasaan cinta dalam diri mereka.  Jangan fikir jauh sangat.  Mamat mula berangan untuk meluahkan perasaan dia pada awek tu.  Macam-macam dia buat tapi bila nak luah mesti tak dapat.  Kali ni dia rasa sangat susah.  Mungkin sebab pengalaman dia sebelum ni yang selalu kena reject dengan awek menyebabkan dia sangat susah untuk meluahkan.

Lisa juga begitu.  Lisa suka kat Mamat tapi bila Mamat provoke sikit dia akan cuba mengelak dan dia masih menolak untuk bercakap betul pasal perasaan dia kat Mamat. Pada dia mana mungkin seorang perempuan perlu meluahkan perasaan pada seorang lelaki.  Dia jugak ada ego dia seperti mana Mamat.  

Perkara ini berlarutan sehinggahari terakhir mereka berjumpa dan pada malam tu Mamat ajak awek tu tengok wayang.  Azura 2012...Selera Mamat ternyata pelik.  Dia sebenarnya tak suka tengok cerita tu tapi dia beranggapan dengan cara ni dia akan dapat meluahkan perasaan tu kat Lisa waktu tengok wayang nanti.  Yelah.  Kalau dia pilih cerita yang dia suka dia akan lebih memberi tumpuan pada cerita tu berbanding perkara utama iaitu meluahkan perasaan.

Lisa terima pelawaan tu.  Lisa pun tak suka cerita tu.  Dia suka cerita perang-perang.  Cerita bunuh-bunuh macam siri Saw....Tapi dia berharap agar Mamat akan meluahkan perasaan dia kat Lisa.  Sebab tumpuan dia bukan kat cerita tapi lebih kepada kata-kata cinta dari Mamat.  Mamat...Now is your time...

Berlaku perkara tak baik...Mamat masih gagal meluahkan perasaan dalam waktu tengok wayang.  Lepas tengok wayang mereka berdua balik ke rumah.  Waktu balik ke rumah tu pun masih gagal sampailah esok hari.  


*********************************************************************************

Hari ini merupakan hari terakhir Mamat berada di rumah tu sebab kontrak 3 bulan dia dah habis dengan akademi tempat dia mengajar dan dia perlu balik untuk melayan mak dia yang rindukan dia.  Mana taknya hari-hari call dia suruh dia balik.

Petang tu Mamat memandang tepat ke arah mata Lisa dengan harapan Lisa faham akan silent words dari dia.  Lisa faham tapi Lisa nak lebih dari itu.  Lisa nak Mamat meluahkan perasaan dia pada Lisa.  Tapi Mamat langsung tak buat. Dia tak cakap kata-kata keramat tu.  Cuma ayat terakhir yang Lisa dengar ialah bye,jaga diri. 


bersambung....

No comments: