expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Thursday, February 23, 2012

Kritikan Comedy of Errors

Ini satu komentar dari saya...

Fasyali telah memilih satu teks yang dikatakan mempunyai nilai yang tinggi.  Teks Shakepeare merupakan satu teks yang tidak pernah lagi gagal menambat hati ramai orang untuk melihatnya.  Kekuatan kepada struktur bahasa dan juga penceritaan menjadikan karya-karya Shakespeare masih diguna pakai sehingga hari ini.

Pemilihan teks ini dan penterjemahan teks ini merupakan satu kerja berani dari Fasyali.  Keberanian ini jugalah menyebabkan satu bentuk usaha baru dijalankan oleh Fasyali.  Dalam erti kata lain dia berusaha untuk kreatif.  Sekreatif yang boleh.

Pengarah telah berusaha untuk memudahkan karya ini supaya orang yang pertama kali datang melihat karya Shakespeare yang terkenal dengan bunga yang banyak berkembang dan susunan ayat yang berseni tinggi mudah difahami.  Pada saya fungsi dua simbol yang diangkat oleh pelakon iaitu tanda seru dan tanda tanya amat membantu.  tanpa simbol ini karya ini akan kelihatan lebih berat dan sukar.  Dengan simbol ini jugalah cerita lebih mudah disampaikan.

Selain itu, kekemasan dalam susunan blocking amat membantu.  Dalam beberapa keadaan kelihatan ada yang banyak pelakon di atas pentas dan ini disusun dengan kemas dan dapat menghindarkan daripada kesukaran penonton memahami teks.  Idea menyusun set dilakukan oleh pelakon memang menarik dan sdaya suka idea itu.


lakonan yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar tahun akhir ini patut dipuji.  Karya berat seperti ini mereka berjaya bawa dengan baik.  Namun begitu jumlahnya sedikit.  Tidak sampai separuh dari kelas berjaya berlakon dengan baik.  Lakonan yang saya boleh katakan cemerlang adalah lakonan pasangan Dromeo, pasangan Antipulus, raja dan juga seorang pelakon perempuan yang bawa watak tukang masak tu.  Yang lain pada saya kurang mempamirkan lakonan yang baik.  dan tak kurang pula apabila ada beberapa karektor yang mematikan terus mood persembahan.

Lakonan paling saya suka merupakan lakonan Drromeo yang dilakonkan oleh Zee(sy tak tahu nama sebenar dia).  Dia ternyata berjaya membawa watak ini dengan sangat baik dan setiap apa yang dilakukan oleh dia merupakan kerja yang bermaksud dan bukan komedi kosong.

Lakonan adik beradik perempuan itu amat membosankan.  Pada bahagian ini, seoalh-olah mereka berdua kurang kesan adik beradik.  Hal ini amat tidak baik memandangkan kedua watak salaing memerluakn anatara satu sama lain.  Lakonan Partini agak baik namun begitu perlu dipertingkatkan lagi.  Mungkin projeksi dan juga bisnes yang kelihatan terlalu banyak pengulangan.  Namun, kegagalan Ana dalam membawa watak kakak telah menyukarkan watak adik untuk naik.  Sepatutnya dia membantu watak adik kerana dia merupakan confidante kepada adiknya.


Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.  Dalam aspek sinografi saya merasakan berlaku sedikit kejanggalan.  Rekaan setnya nampak menarik.  Set yang digerakkan ini memberi juga cabaran kepada penonton.  Kesilapan yang berlaku di sini ialah...

-Set kelihatan terlalu kemas dan kosong
-apabila selesai disusun kurang menjadi...misalnya set kapal...ini paling gagal disusun...Set rumah juga kelihatan pelik apabila ada rekaan bongkah di tepi yang susunannya kurang praktikal sebagai satu rumah...
-platform yang membezakan ketinggian gagal memberi fungsi yang bermakna.  Hal ini kerana fungsi perbezaan platform hanya digunakan untuk membezakan ruang monolog dan juga kerja susunan di atas pentas.  Pada saya lebih mudah jika menggunakan lighting sahaja.
-Warnanya juga tidak menampilkan cerita ini sebagai satu cerita komedi

Namun begitu ada beberapa keadaan set kelihatan menarik.  Antaranya apabila scene Antipulus dan Dromeo1 nak pulang ke rumah dan dihalang oleh Dromeo 2...ini sangat membantu dan menarik

Rekaan kostum masih boleh dikatakan menarik.  Namun begitu,  pemakaian yang dipakai ileh Antipulus telah menyebabkan saya merasakan Antipulus sama level dengan pengasuhnya apabila pakaiannya seperti pakaian pengasuh dalam Mak Yong.  Namun begitu, kostum masih boleh dikatakan menarik secara keseluruhannya.

Pencahayaan dalam cerita ini kelihatan kosong.  Dengan memilih untuk sekadar mencerahkan muka dan ruang lakon menyebabkan warna tidak kelihatan.  Kekosongan ini menyebabkan kita seolah-olah melihat persembahan yang tidak diwarna oleh pencahayaan yang cukup. Set tidak diwarnakan dengan baik dan begitu jugakeseluruhan persembahan. Namun begitu ada beberapa bahagian lighting kelihatan baik.  Tapi keseluruhannya kelihatan kosong dan tidak ada penggunaan warna yang jelas dan menarik.  kekurangan ini juga kelihatan apabila pencahayaan tidak mempamerkan mood kepada cerita.  Perbezaan antara lighting indoor dan juga outdoor juga tidak kelihatan.  Lebih menumpukan kepada environment dan kesan mood telah kurang.


Apa-apa pun...Karya ini masih menambat hati saya.  Saya tidak berniat untuk keluar panggung kerana karya ini masih menarik pada saya.


5 comments :

Fzeo Fraixz said...

anti-pulus....

Walid Ali said...

pulus-pulus

Cinta said...

Jujur berkata, saya agak kecewa menonton teater tersebut. Tambahan ia diarahkan oleh seorang yang terkenal sebagai pengkritik teater. Sungguh saya mahu keluar panggung pada 30 minit pertama, tapi terpaksa terus menonton dengan menahan mata yang mengantuk akibat lakonan yang membosankan. (Ini amat menyedihkan dan membuatkan saya rasa tiket yang dibeli kurang berbaloi)

Bagi saya, Dromeo dan Raja berjaya membawa watak dengan berkesan. Manakala bagi yang lain, masih banyak yang boleh dan perlu dibaiki. Saya juga perasan yang pelakon banyak berlakon menggunakan satu nada - mungkin kehendak pengarah - tapi ini sedikit sebanyak menyumbang pada kebosanan teater ini.

Saya suka dengan set yang ada.

Saya kurang bersetuju dengan karakter watak yang terus mati sebaik sampai di hujung pentas. Rasanya karakter watak perlu mati sebaik duduk, bagi tidak mengganggu penghayatan.

Saya suka jalan cerita ini. Oh well, it's a classic. Tapi saya berani kata, teater ini amat mengecewakan saya.

Walid Ali said...

tq atas pandangan anda. Saya memang menanti setiap maklum balas dari pembaca kritikan saya.

Walid Ali said...

sila follow saya kalau anda ada blog

Tajaan