Post Page Advertisement [Top]

Show minggu nih...

Dalam menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Fasyali dalam bersama pelajar-pelajar Universiti Malaya dalam menjayakan Teater Berani Mati.  Ini merupakan satu perkara yang berada dalam saat-saat genting.  

Banyak perkara yang telah saya dapat sepanjang bersama mereka.  Pengarah dan juga kumpulan kreatif teater mempunyai satu cabaran yang berat dalam menjayakan satu teater.  Perlu ada satu tahap pemikiran tersendiri tapi tidak perlu teramat-amat mendalam dan juga tak terlalu mudah sehingga terlalu nampak main-main dan amatur.  

Karya agung, karya hebat terletak pada keupayaan satu-satu kumpulan itu bekerjasama dan tidak bertindak mementingkan diri sendiri.  Komitmen, dan juga kebijaksanaan dalam memperkembang karya kepada satu tahap yang lebih tinggi.  Semua orang berusaha dalam menjayakan satu karya.  Tak kesahlah karya itu semudah makan nasik kosong atau minum air kosong.  Itu pasti jadi sangat sedap kalau diberikan elemen exaggerated yang hebat dan sangat menarik.

Banyak jugak cerita menarik dalam team ni. Itu untuk mencari satu benda yang dikatakan keserasian.  ya keserasian.  Apa lagi nak tulis ya?....

Show minggu nih dan saya amat menharap sesuatu dari team ni.  Buat terbaik dan tq sebab berusaha keras dan semoga kerja keras ini berhasil.  Enjoy the day and our show.

Hah sekarang tengah melayan karya-karya teater dan juga medium lain dalam menjayakan teater ini dan juga teater saya sendiri bulan 3 nih.

No comments: