Post Page Advertisement [Top]


Memikirkan keadaan yang semakin hari semakin menyebabkan dompetnya semakin nipis,Zaman mula kelihatan susah.  Kesukaran yang dialami Zaman ini terus menjadi tumpuan kepada Linda.  Sebab Linda awek dia yang amat kedekut.  Tak mungkin Linda akan membantu Zaman pada waktu macam ni.  Linda tahu hakikat itu dan Zaman juga tahu hakikat itu.  Tapi Zaman tetap berusaha.

Zaman mula bertindak seperti mengharapkan bantuan kewangan dari Linda.  Dengan menyatakan bahawa dia tak mendapat wang kerja overtime.  Dia yakin Linda akan faham yang sekarang dia secara berkias memerlukan wang.  Zaman juga memujuk Linda untuk tidak keluar pada malam itu memandangkan situasi kewangan yang dialami oleh dia.  Jenuhlah kalau kali ni dia akan keluarkan duit lagi. Zaman memang nak berjumpa dengan Linda tapi juga berharap Linda akan belanja dia makan lepas dia cakap yang dia tak nak keluar sebab dia tak cukup duit.   Tapi Linda tetap dengan pendirian dia.  Linda nak Zaman belanja makan.  Buatlah apa cara sekalipun.  Kalau tak mereka akan berpisah.

Ugutan Linda telah membawa masalah kepada Zaman.  Ugutan ini amat berat pada dia.  Mana taknya.  Susah giler nak carik seorang awek yang cantik macam Linda.  Seksi jugak.  Mata sepet,  badan adala bersisi sikit tapi bukan gemuk, kulit putih, gaya cakap macam Shila Amzah,  rambut lurus.  Ah,  ternyata Zaman susah nak mengecewakan awek dia ni.  Tapi dalam masa yang sama dia perlu tegas pendirian.  

Perbualan mereka berdua mula menjadi pergaduhan besar sehingga Linda menamatkan perbualan mereka berdua.  Zaman terus cuba untuk memujuk Linda.  Terus call.  Berkali-kali sampai habis kredit.  Linda merajok dan Zaman memujuk.  Pujukan Zaman tidak disambut dan hambar pada Linda.  Linda tetap tak nak menyejukkan hatinya.

Esok lusa sejuk kot.  Dalam fikiran Zaman kata begitu.  Zaman mula beralih dari sofa bujang dia tu dan pergi keluar dari rumah memandu motosikal sambil menangis.  Yelah.  Tak ada kawan seorang pun dalam rumah dia hari tu.  Yang ada cuma Zaman seorang.  Tak ada sesiapa yang nak temankan dia waktu menangis.  Sambil memacu EX5 hitam dia tu dia terus ke hadapan sambil menangis dan menghirup hingus.  Malam yang tak hujan tu ternyata macam sebaliknya pada Zaman.

EX5 terus dipandu dan sampai ke 7E.  Minah yang kerja kat 7E tu mula gelak tengok dia menangis sambil meminta top-up RM10 Maxis.  Melihat keadaan dia tu Minah 7E tu bagi kat dia top up Maxis RM10 dan tanya kat Zaman pasal apa boleh nangis sampai tahap macam ni?  Zaman yang kelihatan amat sedih tadi mula kelihatan sedikit tenang.  Melihat seorang gadis pendek yang tak bertudung tu menenangkan sikit perasaan dia.  

Zaman mula meletatakkan kepalanya pada bahu minah 7E tu sambil mengangis dan memulakan patah ayat perkataan dia.  "Aku sedih awek aku nak clash dengan aku sebab aku tak belanja dia makan malam ni.  Aku jugak menangis sebab duit RM50 yang aku bagi kat kau tadi berbaki RM40 dan itulah jumlah yang aku ada untuk hidup dalam bulan ni."  Minah 7E tu mula memeluk erat Zaman dan cuba memujuk Zaman..."kalau kau tak nak ini terjadi lagi, tolong approve relationship dalam FB supaya status facebook aku berubah kepada Minah 7E is in relationship with Zaman...."

No comments: