Post Page Advertisement [Top]

Review Teater Metacinta...Seribu Tahun Air Mengukir Batu...



Perkembangan teater alternatif kini semakin bagus.  Kumpulan teater yang mempersembahkan teater ni pula tidak kurang hebatnya.  Dengan mengangkat satu tema yang dilihat lebih kepada keislaman saya melihat teater ini sebagai menarik untuk ditonton pada malam saya menonton.  

Dalam teater ini terdapat tiga persembahan yang diarah oleh pengarah yang berbeza.

Secara keseluruhan teater ini dibawa dengan mood islamik.  Bila saya masuk, preset teater ni lebih kepada zikir dan ini mebuatkan saya membayangkan teater ini akan membawa saya ke dalam dunia islamik.  Pada fikiran saya mesti menarik kalau kumpulan anak muda membawa teks islam.

Persembahan pertama oleh Kirin memang boleh dikatakan baik.  Dari aspek sinografinya saya amat tertarik.  pemilihan warna dan mood yang dibawa oleh Kirin mengingatkan saya tentang PETA (penilaian tahun akhir) yang dia lakukan di ASWARA.  Saya tak ingat teks apa yang dia bawa tapi yang pasti kecantikan elemen lighting yang dibawa oleh Kirin membuatkan saya merasa seronok dengan persembahan.  Dengan hanya menggunakan lighting dan dibantu oleh kain putih, saya dapat melihat mood dan juga perubahan set.  Jelas dan menarik.  Itu yang saya boleh katakan tentang sinografi.

Untuk menjayakan satu monolog bukanlah mudah.  kesukaran ini dapat saya rasakan dalam pelakon membawa watak ini.  Pada saya pada awal cerita saya kurang jelas apa yang dilakukan oleh pelakon kerana dia bercakap secara mendatar.  Dia juga kelihatan hanya duduk dan pergerakan dia sewaktu duduk itu pada saya mungkin boleh diubah kepada unsur yang lebih dramatik seperti dia merangkak ketakutan tetapi bukan terlalu takut.  Maksud saya intension dia akan lebih jelas sekiranya dibuat begitu berbanding duduk dan memandang sekeliling sahaja.. 

Pada bahagian belakang pula barulah banyak perubahan cari aspek percakapan emosi dan juga permainan lakonan.  Skrip ini dibawa dengan baik pada bahagian seterusnya.  Pelakon banyak membawa saya untuk memahami kesukaran yang dialami oleh watak ketika berperang dan ini dapat saya rasa.  

Namun begitu,  ada beberapa perkara yang saya merasakan persembahan ini kelihatan aneh.  Ada beberapa situasi iaitu ketika watak cuba berlari menuju ke gua dan berhenti bila sampai di gua.  mungkin dia boleh berjalan laju sahaja untuk memberi rasa relex kepada penonton.  Ada satu adegan di mana watak ditembak.  Banyak watak ditembak.  Dengan memilih untuk menyebut pang iaitu simbolik pada tembakan dan melihat karektor itu bergerak ke belakang seperti kena tembak pada satu tempat yang sama memperlihatkan pengulangan ini kurang menarik.  Hal ini berlaku kerana adegan ini berlaku dengan sangat laju.  First tembakan seterusnya second tembakan dan seterusnya....terlalu laju sehinggakan kelihatan kurang dramatik.
Tapi apa-apapun persembahan ini tidak teruk kerana lakonan dan sinografi untuk persembahan ini pada saya bagus cuma ada lompang-lompang saja.  

Persembahan kedua pula mempamirkan kehidupan Qael yang diganggu oleh seorang lelaki sejak dari sekolah lagi.  Persembahan kali ini pada awalnya kelihatan kurang menarik kerana subteks saya melihat karektor wanita itu sebagai lebih garang dan mendesak kepada suaminya tetapi watak isteri itu kelihatan biasa.  Permainan level juga hampir tiada dalam adegan ini.  cuma berdiri dan bergerak keluar sedikit dari ruang lampu.  mungkin dengan bantuan satu set kotak boleh membantu mereka bermain lebih bebas.

Cerita seterusnya berkembang dengan kisah pertemuan Qael dan watak Atif.  Mereka kawan baik dari sekolah.  Pertemuan dengan watak Bahadur juga berlaku.  Pada saya skrip ini kelihatan longgar dan kurang membantu dalam pembinaan plot.  penulis kelihatan suka untuk melepaskan banyak benda tanpa memberi ruang untuk link.  Ada juga beberapa monolog yang kelihatan kurang menarik.  Bukan kerana pelakon tapi kerana monolog itu kelihatan seperti lebih kepada ekspresi dan emosi dan ini membawa kepada cerita ini kelihatan lambat bergerak.  

Pada saya, adegan pertama tidak diperlukan.  mungin adegan ini boleh dimatikan.  Maksud saya dengan adanya adegan ini telah menyebabkan cerita ini kelihatan seperti banyak perkara yang hendak diceritakan.  fokus kepada cerita qail telah hilang akibat adegan ini.  

Persembahan ketiga pula merupakan teks yang paling saya suka malam tu.  Kassim Selamat Tidak Buta, Sabariah benar-benar mati....Pada saya ceritanya menarik.  Idea persembahan juga menarik.  Dengan mnggunakan kerusi sebagai perlambangan untuk banyak benda memperlihatkan set ini sebagai satu perkara yang menarik.  Namun begitu berlaku kekurangan apabila lampu cuma dibuka begitu sahaja.  Mungkin sinografer atau pengarah boleh lagi memberi mood pada lighting supaya cerita ini kelihatan lebih hidup.

Lakonan yang diberikan juga menarik.  Kedua-dua watak berjaya membawa watak dengan baik.  Namun begitu,  berlaku kelemahan sedikit dalam watak Sabariah apabila watak Sabariah kelihatan kurang dibina dengan baik.  Namun begitu, watak Kassim telah membantu menutup sedikit kelemahan yang berlaku.

Cerita ini kelihatan menarik pada awalnya.  Tapi saya mula terasa terseksa apabila semakin ke belakang kerana terdapat banyak pengulangan yang dibuat secara kurang kreatif.  Mungkin juga dengan elemen audio boleh menguatkan lagi cerita ini supaya kegilaan muzik Kassim tu lebih nampak.  Ending cerita ini juga kelihatan kurang menyengat dan ini menyebabkan saya merasa sedikit kecewa.  Tapi idea untuk menambah scene dalam cerita P. Ramlee memang menarik dan saya suka.

Kesimpulannya, persembahan pada malam itu kelihatan menarik tapi pada saya perlu diselitkan benda-benda penting sahaja supaya persembahan akan kelihatan lebih kuat dan menarik.  Apa-apa pun saya enjoy dan menarik. 

Thumb Up!

No comments: