Post Page Advertisement [Top]



Maya masih ada dalam fikiran Johan. Johan amat meminati Maya dari segala aspek. Perwatakan, wajah, penampilan, makanan, tapi bukan ketinggian. Walaupun nama Maya boleh dibayangkan sebagai wanita tinggi tapi dalam dunia realiti Maya rendah. Lima kaki je.

Tinggalkan cerita tu. Kita terus kepada cerita sebenar. Pada hari ahad yang hujan lebat, Maya telah menghubungi Johan. Johan pada ketika itu masih duduk di depan TV sambil menonton rancangan Melodi. Sambil mengganggu mood Johan untuk menonton rancangan itu, Maya terus memulakan bicara tanpa sebarang ucapan salam.

"Johan. Mana kau?"

"Kat rumah."

"Buat apa?"

"Tengok TV."

"Melodi?"

"Ya."

"Oh."

"Kenapa call?"

"Tak ada apa. Just nak jumpa."

"Pasal apa?"

"Adalah...Malam ni kat rumah I"

"Ok."

Johan terus meletakkan panggilannya. Dalam fikirannya terbayang banyak benda. Baik perkara baik atau perkara buruk atau apa-apa berkaitan dengan Maya. Maya yang diminati olehnya mengajaknya datang ke rumah. Malam-malam pula tu.

Dipendekkan cerita, Johan berada di depan rumah Maya. Di depan pintu masuk utama. Dia mula mengetuk pintu rumah Maya memandangkan fungsi loceng rumah rosak. Maya membuka pintu sambil menghasilkan senyuman pada wajahnya. Dia menarik tangan Johan dan meminta Johan untuk menunggu sebentar di sofa rumahnya yang berwarna merah itu. Maya mula memasang lagu-lagu romantis dari I pod di rumahnya. Adunan muzik itu mula memberikan rasa khayal kepada Johan. Johan khayal dalam lagu-lagu I pod yang dicipta oleh Apple...

Maya mula merapatkan diri kepada Johan. Dia mula merapatkan mulutnya pada telinga Johan dan berbisik sesuatu. 

"Kau tahu tarikh hari ni?"

"Tau.23 Disember. Kenapa?"

Maya mula menjauhkan diri. Dia mula berdiri di hadapan Johan. Johan masih terpaku dengan apa yang berlaku. Dia tidak biasa diperlaku begitu tapi dia masih bertindak tenang. Mula membuka mulutnya untuk bercakap sambil cuba menenangkan diri di sofa merah Maya.

"Tak takut ke ajak laki masuk rumah."

"Tak. Sebab rumah ni bukan kita berdua je."

Johan mula takut. Dia menoleh ke belakang dan tanpa sebarang amaran satu baldi air telah mula menyimbahinya dan membasahi seluruh badannya. Dia masih tidak faham apa yang berlaku. Air yang disimbahinya baunya amat busuk sekali. Seolah-olah bau telur ayam yang telah rosak.

Terdengar gelak tawa banyak orang. Dia kenal suara itu. Itu suara rakan-rakan satu kolej. Satu kelas. Semua mereka secara harmoni mengucapkan "SELAMAT HARI JADI!!!" Dengan pitching yang tinggi dan disertai tawa yang berbaur sindiran.

Maya memberikan Tuala dan sabun pada Johan.

"Johan mandi dulu. Bilik mandi kat belakang ni. Lepas ni datang sini ya. Makan kek..."

Johan mula melangkah ke bilik mandi sambil dalam hatinya menyumah seranah tapi dalam hatinya seronok walaupun diperlaku begitu....Ternyata kejutan hari jadinya sangat kurang praktikal dan Maya memang celaka!

5 comments:

nZaOdonut said...

time dok asrama kne "prank" besday lg dasyat wooo simbah dr tingkt 3 mangsa dok bwh...ha ha ha

walid ali said...

hahahah...kesiannya...tinggi tu

encikReza said...

hahahhahaaa..
teringat kesah² lama

Eintan Nurfuzie said...

hehehhe

Unknown said...

mcm2 yer..hehe