expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Wednesday, December 19, 2012

Waktu Sekolah dulu~episod 1

Waktu aku sekolah dulu, banyak benda yang aku buat. Aku rasa zaman tu memang best. Ada banyak permainan yang boleh aku main. Waktu tu tidak ada Facebook. Cuma ada Frienster dan juga Myspace...Tapi dalam geng-geng tu ternyata blogspot.com bertahan lama sampai sekarang. Walaupun wujud Facebook dan Twitter.

Kalau zaman aku sekolah dulu. Nak tackle awek kena banyak cara. Kena banyak prosedur. Mula-mula suka tengok sebab cantik, mungkin muka lemah lembut, mungkin tinggi, mungkin juga pandai cakap. Tapi yang pasti kecantikan itu subjektif. 

Lepas tu mulalah rapatkan diri. Mungkin secara sengaja duduk sebelah dan memulakan percakapan. Cukup sekadar hai. 

Lepas tu ni antara yang paling susah tapi senang je sebenarnya tapi kena tunggu lama sikit. Minta biodata. Waktu ni kenalah tunggu lama sikit. Mana-mana awek yang berjiwa comel akan membuat biodatanya bersifat comel dengan menggunakan pensel warna dan diwangikan dengan minyak wangi. Ternyata awek berjiwa comel ini biodatanya amat cantik dan manis sekali.

Kalau ada yang berjiwa gothic atau metal sedikit. Kau tahulah, akan lebih banyak warna hitam digunakan. Dan akan banyak benda yang bersifat menonjolkan dirinya yang sebegitu.

Kalau ada yang berjiwa islamic...Haaa tahulah banyak hadis dan juga kata-kata pujangga dalam biodatanya.

Kalau berjiwa romantis...Biasanya lelaki atau wanita sebegini kurang diminati...Bukan tidak disukai...tapi kurang diminati...

Dan paling best biasanya kalau call kena call ke rumah dia dan peluang untuk dia mengangkat phone anda amat rendah. Biasanya mak dia atau bapa dia akan angkat phone itu dan waktu itu aku akan cakap "maaf nombor yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan..." walaupun aku tahu suara itu biasanya suara wanita...




SMK Bandar Bintangor nama dia

Kat piramid tu dulu saya dan beberapa orang rakan melukis wajah perdana menteri...

7 comments :

Kelana Cinta said...

Hahaha.Lama tak pakai surat nak tegur awek..

Walid Ali said...

banyak sangat kertas terbuang nanti

Farah Andie said...

biodata tu yang x tahan tu. bila nak tidur ja tgk dulu biodata si dia hahaha :DD

*sadis ja bila teringat balik -.-"

Walid Ali said...

haa~...simpan lagi x biodata dia tu?

Muslimah said...

Zaman sekarang perempuan lebih suka pakai surat berbanding email .;)

Walid Ali said...

pakai surat lagi nostalgia rasa

Lina md. munir said...

Hehehe kelakar. Kenangan mengusik jiwa nih.

Tajaan