Post Page Advertisement [Top]

Pada hari itu aku pergi ke satu tempat melihat pemandangan yang menarik di sekitar taman di Bukit Jelutong. Aku tak tahu kenapa setting Taman Bukit Jelutong terpilih. Mungkin sebab taman ni cantik dan luas. Waktu tu aku sedang melukis sesuatu. Satu lukisan yang aku tak ingat apa yang aku dah lukis. Tangan kanan pegang pensel 2b dan sebelah kiri menyentuh drawing pad. Yang pasti ketika itu aku melakukan tugasanku sebagai pelukis yang melukis untuk diri sendiri.

Tak berapa lama lepas itu, datang seorang awek ke arah aku. Dia menyentuh bahuku dan ketika itu aku terkejut. Aku memandang ke belakang dan melihat dia berada di belakangku. Dia sedang tersenyum memakai baju t-shirt yang tidak berkolar, berseluar jeans, mukanya amat manis dan pendek. Dia mula memberi senyuman pada aku. 

Pada ketika itu aku merasakan bahawa aku amat bertuah. Duduk di gazebo di Taman Bukit Jelutong dan ditemani oleh seorang awek cantik. Dia mula memandang apa yang aku lukis. Dia tersenyum. Aku tersenyum. Tapi aku tak faham kenapa dalam hatiku terlalu tenang pada hari itu.

"Tak ada idea" Dia mula bercakap.

"Tak ada"
Aku masih memandangnya. Seolah-olah masa digerak secara perlahan dan keadaan ini berterusan. Hujan mula turun. Mula-mula perlahan dan semakin lama semakin laju dan deras. Memaksa aku untuk tinggal di gazebo itu lebih lama bersama awek itu.

"Buat apa sini?"
Dia semakin rapat ke arah aku. Dia mula membuat jantungku bergerak lebih pantas. Macam orang berlari 1500 meter dan wajahku mula berpeluh. Dia mula menyentuh tanganku dan memberi senyuman lagi. Kali ini bibir basahnya itu semakin rapat ke arahku.

"Tak buat apa. Buat sketch sikit."
Aku mula mengelak tindakan dia dengan ayat yang tak ada idea.

Dia semakin rapat ke arah aku dengan merapatkan badannya.
"Pernah jumpa pontianak tak?"

"Tak."
Aku semakin kurang selesa walaupun pada waktu ini aku mempunyai peluang keemasan bagi kebanyakan lelaki. Aku tak tahu kenapa.

"Tau tak Bella tu betul-betul wujud. Cerita Twilight tu betul."

"Tak tahu."

Dia mula membuka seluruh mulutnya dan pada ketika inilah aku melihat taring pada giginya. Taring itu kelihatan bukan seperti taring manusia biasa. Dia seolah-olah dahaga. Dahaga darah. Darah aku. Dan aku masih berada di situ tak tahu nak buat apa.

"Saya demam...Kalau awak hisap darah saya waktu ni takut awak pulak demam."

Aku cuba untuk mengelak dari menjadi mangsa kepada dia. Entah macam mana aku boleh bagi alasan bodoh macam tu. Yang penting pada aku pada saat itu adalah membuka mulut dan mempertahan diri.

Dia mula menyentuh dahiku. Menunjukkan wajah yang kurang senang. Mungkin dia merasa dia tertipu.

"Tak ada pun. Ok je."

Aku semakin takut. Dia semakin rapat ke arah aku dan memeluk aku. 10 saat berlalu. Tak ada apa-apa berlaku. Aku semakin tenang. Semakin tenang dalam pelukan awek itu. Dia mula kedengaran menangis. Sambil melepaskan pelukan itu dia memandang wajahku dengan penuh sedih. Aku merasa kesedihan di wajahnya. Dia terlalu sedih. Aku dapat lihat. Aku dapat rasa semua itu. Dia kembali tersenyum dalam tangisan.

"Tak apalah. Kita couple dulu. Nanti kalau awak dah bahagia dengan saya, awak akan cepat gemuk. Kan biasa couple macam tu? Mungkin lepas awak gemuk sikit baru saya berselera nak hisap darah awak. "



18 comments:

shana said...

awek ku pontianak..hahahaha pandai pula wat hypothesis pas couple akan gemuk...hahahaha terbaik^^!

Lokman said...

haha.. macam-macm.

fadh leyanie said...

silap hantu la nak tipu pontianak..haha

walid ali said...

wilma...hipotesis aja
lokman...nk kata camna
leyanie...seram gak bunyi dia tu

Myera Nyera said...

hehe so funny. oh pls. pls remove the "sila buktikan anda bukan robot" thing.

walid ali said...

hahaha...tq...yang tu kena tanya gugel hehehe

Anonymous said...

Pandai ko mengarang..Nanti aku relese cerpen aku ko tolong kritik eik..

#buang word verification kat bawah ni.aku malas nak taip.tolong2

Farah Andie said...

jika bella wujud adakah edward cullen pon wujud ? -.-"

*rela jika edward hisap darah lol

CeqGu said...

hehehe dah bleh buat novel ni, silap ari bulan bleh buat movie twilight versi melayu hehehe

walid ali said...

kelana: oraet boleh boss

walid ali said...

farah...kurusla awak lepas ni kena isap darah

walid ali said...

chegu...boleh nanti saya carik penerbit

Unknown said...

haha..lawak3.. :D boleh jd penulis novel antu seram lawak ni..hihihi

walid ali said...

snorita, hahaha boleh dipertimbangkan

CeqGu said...

mana cerita barunye, akak singgah nak baca ni :)

walid ali said...

tengah perah idea...hehehe

lynmunir said...

Hahaha...pandai buat lawak. Ingatkan betul, buat suspen je.

walid ali said...

kalau betul2 dah lari dah kot