expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Thursday, December 6, 2012

Usin Kucing



Malam itu Usin masuk ke rumah bujang yang diduduki oleh lelaki bujang yang masih belajar di sebuah IPTA tempatan. Dia mula memandang kiri dan kanan. Terus mencium bau-bau yang berkaitan makanan. Pergi ke arah tempat letak makanan yang biasanya diletakkan makanan oleh bujang-bujang di rumah itu. Namun begitu, dia hampa. Tidak ada sebarang makanan pada hari itu. Dia ternyata sangat hampa.

Usin terus mencari sesiapa yang ada di rumah itu. Usin terlihat seorang penduduk rumah itu. Namanya Azim. Perasaan takut masih menguasai dirinya. Usin baru berjumpa si Azim ni minggu lepas dan bagaimana dia akan bermesra dengan Azim dalam masa yang singkat? 

Usin terus meluru ke tingkap rumah. Namun nasib bukan berpihak padanya. Suasana hujan lebat di luar rumah seolah-olah tidak membenarkannya keluar rumah pada hari itu. Usin memandang Azim.  Azim memandangnya dengan pandangan penuh nafsu. Usin ketakutan sambil dalam hatinya berkata "Aku masih terunalah sial!"

Usin terperangkap. Perutnya lapar, badannya lemah dan di luar hujan melimpah-limpah. Usin teryata terkaku dengan rangka badannya yang gagal bergerak pantas. Azim menangkap Usin dan mengusap-usap badan Usin. Usin merasakan usapan mesra itu dan merasa selesa. 

"Kau nak makan ya? Meh" 

Azim membawa Usin ke tempat makanan kucing. Membuka bungkusan whiskers dengan gunting dan meletakkan makanan itu ke tempat makanan kucing. Usin merasa takut namun begitu dalam masa yang sama dia merasa amat lapar dan menjamah makanan yang terhidang tanpa memeriksa kalau-kalau ada jampi atau racun. 



Usin menjamah makanan sambil ditemani lagu 'Aku Insan yang Lemah' yang dimainkan di laptop Azim. Sambil menjamah makanan Usin mula bermolog dalaman.

"Esok aku tak payah minta makanan kat gerai Pak Halim."


2 comments :

❤~Emma Abduh~❤ said...

cat's story..pa2pun sy minaaattt sgt dgn kucing...hihi

Farah Andie said...

jgn dibiakan kucing kelaparan hoho~

ni mst ada six sense dgn kucing -.-"

Tajaan